September 11, 2024
Pokok Kesum mudah sahaja ditanam dengan menggunakan kaedah keratan batang atau keratan hujung batang berdaun. Ciri pertumbuhan pokoknya yang separuh menjalar itu menyebabkan batangnya akan mudah berakar apabila terkena kelembapan. Campuran tanah atau medium tanaman yang agak lembap, gembur dan juga mengandungi banyak bahan organik serta air senang mengalir keluar adalah sesuai untuk penanamannya. Campuran yang disyorkan adalah campuran tanah untuk pokok berpasu iaitu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah Peroi: Bahan Organik: Pasir Sungai). Terdapat beberapa cara atau kaedah penanamannya seperti berikut: 1) Kerat beberapa batang pokoknya yang matang atau hujung batang berdaun. 2) Buangkan daunnya di bahagian bawah sekali. 3) Tanam keratan tadi dalam medium tanaman seperti tersebut di atas sama ada dalam pasu atau di tanah dan pastikan ia dilindungi dari terik matahari. Kekalkan kelembapan medium tanamannya supaya pokok akan cepat tumbuh mungkin mengambil masa seminggu atau lebih bergantung kepada kelembapan medium tanaman. kesum Siram 2 kali sehari iaitu di waktu pagi dan petang bagi memastikan medium tanamannya lembap sentiasa. Elakkan medium tanamannya kering kerana ini boleh membantutkan pertumbuhan atau mematikannya. Gunakan baja organik seperti najis ayam untuk pertumbuhan pokok yang lebih subur.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :25253

4 thoughts on “Cara Menanam Pokok Kesum

  1. Faizrauda,cuba tanam guna pucuk dia..org tua ajar mcm tu.mmg tanam dgn krratan batang tua susah hidup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam