Buah Naga sejenis Kaktus yang unik

pitaya1

Buah Naga sebenarnya adalah sejenis pokok kaktus yang tidak mempunyai daun tetapi hanya mempunyai batang berbentuk tiga segi yang banyak ditumbuhi duri-duri halus seperti juga pokok kaktus yang lain. Oleh itu ia hanya sesuai ditanam jauh dari kawasan lalu lalang seperti di bahagian penjuru laman agar duri pada batangnya tidak membahayakan.

Bunganya pula berwarna putih kekuningan berbau sangat wangi. la mula berkembang mulai jam 9 malam, hanya mekar pada waktu tengah malam dan beransur layu pada waktu dini hari. Ada yang berpendapat bahawa keharuman bunganya mempunyai kesan aroma terapi dan baik untuk kesihatan. Untuk mengetahui kebenarannyacuba-lah sendiri menghidu wangian bunganya pada waktu tengah malam.
Mana kala buahnya pula berbentuk unik seperti menyerupai bebola
api berwarna merah terang. Rupanya seakan akan bebola api yang keluar dari mulut naga.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :6145

Buah Naga@Pitaya

Buah Naga atau umumnya dikenali sebagai Pitaya ialah tanaman baru yang belum diterokai sepenuhnya di negara kita. Di Malaysia, kawasan penanaman buah naga ini sangat kecil berbanding dengan tanaman lain seperti tanaman komoditi yang sememangnya di usahakan secara besar-besaran di Malaysia. Namun demikian, penanaman buah naga mula mendapat perhatian dan sambutan hangat di Malaysia kerana buah ini mengandungi khasiat yang tinggi berbanding buah lain. Buah naga berasal dari negara-negara Amerika Latin iaitu Chile, Argentina, Peru, dan Mexico. Buah ini di bawa ke Vietnam sebagai tanaman hiasan yang kemudiannya ditanam secara besar-besaran setelah mengetahui keenakan buahnya. Kini Vietnam telah menjadi sumber pengeluar dan pengeksport utama dunia untuk buah naga.

Kebaikan Penanaman Buah Naga

1. Sejenis buah yang tulen dan tidak memerlukan racun serangga.

2. Albumen mengeluarkan toksik dan mengalir keluar lebihan galian.

3. Anthocyanin membebaskan radikal dan melambatkan proses penuaan.

4. Vitamin C mencantikkan dan menyebabkan kulit kelihatan lebih cerah.

5. Pengurangan berat badan kerana buah naga kaya dengan fiber yang mudah larut.

6. Rawatan terhadap penyakit diabetes (kencing manis).

7. Mencegah penyakit kanser usus besar. Mempercepatkan proses pembuangan air besar..

———————————————————————————–

Klik sini untuk melihat Video Tumbuhan yg dikatakan lucu oleh Orang Putih tapi bagi kita pokok ni biasa je di Malaysia. Cuba teka pokok apa?

Number of View :5614