September 20, 2024

sedingin

Sedingin atau nama saintifiknya Costus speciosus juga dikenali sebagai  Crape ginger, malay ginger dan spiral flag. Selain itu, ia juga dikenali dengan nama setawar putih kerana pokok ini berasal dari keluarga halia dan mengeluarkan bunga yang bewarna putih.  Setawar Putih mempunyai rizom yang menyerupai rizom halia dan cara pembiakannya juga sama dengan tumbuhan lain dalam famili halia iaitu biji benih dan pecahan rizom.

Sejak akhir-akhir ini, pokok ini seakan menjadi hiasan wajib bagi laman berkonsepkan nusantara dan tropika. Ini kerana apa yang menarik mengenai tumbuhan ini ialah daunnya yang tersusun dalam bentuk spiral atau berlingkar.

sedingin2

Pokok ini sangat mudah tumbuh, namun memerlukan cahaya matahari yang sederhana sesuai dan tanah yang sedikit lembap bagi memudahkan tumbesarannya.

Selain dijadikan sebagai tanaman hiasan, pokok ini juga dipercayai digunakan dalam perubatan tradisional. Setawar putih digunakan sebagai penawar untuk penyakit seperti kusta, kecacingan, penyakit kulit, demam, asma, bronkitis, anaemia dan sembelit. Ia juga dijadikan ubat untuk merawat luka terbakar, malah dijadikan ubat menghilangkan rasa loya, pening dan muntah. Malah, masyarakat Sunda di Indonesia percaya Setawar putih dapat meningkatkan tenaga batin lelaki.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :19738

23 thoughts on “Setawar Putih @ Sedingin

  1. Salam. Saya tanam pokok ini hanya sebagai hiasan tanpa mengetahui kelebihannya. Terima kasih

  2. bagus…. koleksi tumbuhan berguna untuk perubatan tradisional. minta hantar lagi…tkasih.

  3. Assalamualaikum tuan ,
    Maaf kalau saya dapat memberi sedikit teguran .Penerangan yang diberi tidak jelas sebaiknya diterangkan daunnya diupar(bahasa kedah)dilumatkan ditampal diperut untuk anakanak kecacingan..maaf contoh sahaja, jadi bolehlah dimanafaatkan oleh pembaca/orang lain ,baru lengkap ,terima kasih..fakir adenan 0134412250

  4. Salam. Paparan sdra amat informatif. Cadangan sdra Adenan Bahari sangat baik, agar pembaca lebih tahu cara menggunakan sesuatu tumbuhan untuk sesuatu penyakit. Thanks for sharing and keep up the good work.

  5. di sekolah saya ad ditanam pokok ini..tetapi tidak diketahui apakah jenisnya…..ingatkan hanya pokok hiasan sahaja…baru saya tahu ia merupakan salah satu tumbuhan perubatan….terima kasih..

  6. Fazli saya ingin bertanya adakah anda menjual herba-herba untuk obatan, jika ada, saya berminat hendak membelinya untuk commercial, juga saya sedang mencari ramuan-raamuan untuk berbagai penyakit seperti: kencing manis, darah tinggi, kegemokan,masaalah tulang rawan lutut, dan tenaga batin lelaki.

  7. Terima kasih Sdr Fazli. Pernah dengar dan pernah lihat gambar tetapi belum pernah jumpa tumbuhan sebenar.

    Menarik dan berkhasiat. Satu lagi ciptaan Allah swt. untuk bumi kita yang bertuah ini. Syukur Alhamdulillah.

  8. Salam. Saya ada tanam pokok ni di rumah. Beli sebab cantik. Tak tau kegunaan herbanya. Saya beli di nursery Bandar Baru Bangi berdepan dgn kilang Hitachi. Boleh tanam dgn keratan batang/anak pokoknya tapi warna daun yg saya beli cuma hijau muda saja bukan dwi-warna mcm dlm gambar ni. Dalam majalah Laman mmg namanya Costus Speciosus. Mudah nak hidup..

  9. saya banyak menjumpai pokok ini semasa saya menjalani latihan praktikal. akan tetapi, pada masa itu pokok ini belum berbunga. pokok ini ditanam secara keratan batang. ianya sangat senang tumbuh.

  10. cantik lah bunganya saya pun minat nak tanam. Pernah dengar nama tapi tak kenal pokoknya. tq

  11. ada khasiat rupenye pkok ni…inilah kebesaran ALLA TAALA…tidak menciptakan sesuatu kejadian itu melainkan ada manfaat dan fungsinya masing2…cuma manusia perlu berfikir,mencari dan mentadabbur kebesaran Tuhan sekalian alam. tq….-anak peneroka-

  12. salam, saya pernah melihat tumbuhan ni masa tggl d kmpg dulu, tp xtau lak namanya setawar putih….blh d buat ulam x bunganya? saya ni penggemar ulam…

  13. Sdra. Fazli, bolehkah sdra. beritahu bahagian mana yang boleh diracik untuk ubat daun, akar atau bunganya dan cara menggunanya. Terimakasih

  14. terima kasih di atas maklumat yang anda berikan..sebelum ni saya tak tahu yang setawar ni ada khasiat tersendiri

  15. Salam! Tumbuhan ini banyak di belakang rumah dan tumbuh meliar….baru tahu banyak kegunaan …boleh berikan info untuk dikongsi….tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam