September 8, 2024

patawali

Patawali atau nama saintifiknya Tinospora crispa dipercayai dapat merawat sakit kulit, merawat darah tinggi dan kencing manis. Caranya ialah batang pokok ini dipotong, direbus dan diminum airnya.

Pernahkah anda melihat pokok ini? Pokok ini masih banyak lagi dijumpai di kampung-kampung dan ianya mudah hidup dengan menjalar dan menumpang pokok-pokok besar yang lain.

Mungkin anda pernah menggunakan pokok ini dalam merawat sesuatu penyakit. Harap dapat dikongsikan di sini…

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :39691

64 thoughts on “Pokok Patawali

  1. pokok patawali ni jgak dapat mnyembuhkan penyakit kelamin….khasiatnyer mmg telah terbukti….
    datuk saya telah amalkannyer…
    rasanyer mmg pahit giler…

  2. cara makan yg betul supaya tak rasa pahit kerat batang jarak seinchi jemur sampai kering kemudian tumbuk sampai jadi tepong atau blender ambir setengah sudu kecil masuk dalam buah pisang telan 2kali sahari insaalhah banyak penyakit semboh

  3. Assalamualaikum…

    Memang benar khasiatnya memang banyak sekali.Terutama pada kencing manis.Sekarang pun masih minum.Badan comel molek dan awet muda.Sudah 6 tahun merasainya.Cuba tanam di holland,tak boleh tumboh,tapi letak aja dimana akarnya tumboh panjang.I pecaya dgn pokok niyg Allah kasi.Amalkan selalu inshallah sehat lah.
    Daripada H van der Weerden

  4. benar sekali..akar seruntun banyak khasiat. saya sudah 20 tahun amal minum air akar seruntun yang direbus tiga cawan seminggu. alhamdulillah dalam dalam usia saya sudah 70 tahun saya masih ganteng dalam dan luar.. baik untuk perjalanan darah, darah tinggi, kencing manis, dan kelakian..kulit saya pun tidak kedut..malah doktor sahkan keadaan mata, telinga dan hindung saya tip top..tetapi displin juga penting.

  5. salam atas kamu semua. suka saya nasihat pebaca sekelian, patawali atau brotowali ini seumpama belangkas. jika kita salah makan ia akan memudaratkan pada diri kita. Memang saya akui tumbuhan ini banyak keistemewaannya. Saya sendiri mengeluarkan produk berasaskan patawali dan telah diluluskan oleh kkm.

  6. Salam…Pokok Patawali @ Brotowali @ Adawali @ Akar Seruntun mempunyai pelbagai khasiat terutama bagi yang ade kencing manis, darah tinggi, sakit kulit, demam, sakit perut dan kandungannya mempunyai antioksidan. kalau nak minum memang pahit.

    Hari ini ada Brotocafe’ iaitu minuman alternatif bagi pesakit kencing manis…7 in 1 kopi.. diperbuat daripada ekstrak patawali, ekstrak halia, ekstrak lada hitam, kopi arabica, garam bukit, gula perang dan krimer bukan tenusu

    sedap diminum panas2…kalau sejuk terasa pahitnya.

    Untuk maklumat lanjut boleh call @ sms

    Fariz 019-7309750

  7. Salam tn / pn / sdr / sdr dihormati,Pokok Patawali @ Brotowali @ Adawali @ Akar Seruntun mempunyai pelbagai khasiat terutama bagi yang ade kencing manis, darah tinggi, sakit kulit, demam, sakit perut dan tenaga batin / mati pucuk bagi lelaki kandungannya mempunyai antioksidan. kalau nak minum memang pahit. saranan saya amalkan sekurang kurangnya 2 kali berturut-turut selama 3 hari pagi petang, selepas tu selang sehari minum 1 kali berturut-turut pagi je selama 3 hari lagi, kemudian selang dua hari, minum 1 kali je, selang 2 hari lagi, seminggu minum 1 kali je, kenapa? jawapanya jaga kesihatan jangan tak minum. Jika darah kita baik macam budak umur 20han kekuatanya. kalau dah tua kekuatan lemah kebanyakannya, amalan hidup sebelum kita mati, sedia payung sebelum hujan. ubat tradisional ini jika di minum rasa panas kurangkan minum tapi jangan tak minum. Kalau nak minyak lientah tok wan(minyak lintah) best urut tenaga lelaki harga rm84,50 ori. email saya boleh bincang, tq

  8. hi… tengah cadang nak buat research 4 final year project sy… bingung x tahu nk buat apa… tiba2 ingat pokok ni… dulu time sy kecik… sy pernah guna tumbuhan ni utk ubat ketumbuhan kat tangan sy… sy just guna beberapa kali dan ketumbuhan 2 susut dan xpernah muncul balik… if ada siapa2 mempunyai maklumat yg lebih terperinci pasal tumbuhan ni… sila maklumkan kpd sy sebab sy bercadang utk membuat kajian psl tumbuhan ni utk kebaikan semua 🙂

  9. Salam. Saya telah menjadikan patawali antara ramuan utama dalam kapsul patawali ++ yang telah saya jual beberapa tahun. Alhamdulillah tiada komen masalah daripada pelanggan. Niat asal memang nak membantu rakan dan sanak saudara yg berpenyakit kencing manis dan darah tinggi. Apa-apa makanan pun, jangan ambil berlebihan. Ambil cara yang betul. Wallahu a’lam.

  10. sy skrg amalkn minum air rebusan ini..dlu kpla sy sllu skit n lenguh2 kt bahu..dktor kata sy boarder darah tinggo..bila sy amalkn..alhmdulillah..kepala sy dh tak sakit lg dan sy boleh tidur dgn nyenyak..

  11. Assalamualaikum semua,
    saya nak kongsikan petua yang diturunkan oleh tok guru saya pasal Patawali/putarwali/uratwali ni, beliau pernah menghidap sakit darah tinggi dan disuruh berpantang makan daging. tapi masa dia ajarkan petua ni dia sudah tidak perlu lagi berpantang makan. cara2 nya: ambil batang Patawali dan lilitkan di pinggang (ikut ukuran pinggang pesakit). cara makan: potong satu inchi batang Patawali tadi kemudian masukkan dalam buah pisang, baca bismillah & Selawat kemudian telan. pastu simpan batang patawali selebihnya tadi dalam peti sejuk. amalkan 2 kali sehari (pagi dan sebelum tidur) hinggalah habis dimakan seluruh batang patawali tu. tok guru saya cakap lagi sepanjang tempoh tu tak perlu lah berpantang makan, makanlah makanan kesukaan kamu, insya Allah darah tinggi tak datang lagi.

  12. Dalam banyak² komen, pokok ni juga sangat berkesan untuk merawat sakit gigi. Caranya: air yg keluar dari batang pokok ni dititiskan pada mata mengikut posisi gigi yg sakit. Cthnya, kalo gigi sebelah kanan yg sakit, maka titisan di mata kanan. Satu cara lagi, tumbuk batang patawali ni dan bancuh pada segelas air then kumur.

  13. Selain utk pnghidap kncing manis, darah tinggi dn mmbersihkn luka (ekzema), saya ada trbaca d bbrapa artikel yg mgatakan, kalau d filipina, tumbuhan patawali ini, mreka gunakan sbagai tonik utk merawat pnyakit jiwa@mental. Tpi tak tahu sejauh mana kesahihannya.. Jika ada yg tahu, mohon share..tq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam