Serangga Kepinding

kepinding

Serangga Kepinding atau Mictis merupakan sejenis serangga yang menghisap cairan pokok dan menyebabkan daun atau pokok layu. Kebiasaannya perosak ini menyerang tanaman dengan menyerang daun muda dan pucuk. Sebelum ini memang belum pernah terjumpa serangga ni di laman rumah saya. Namun, baru-baru ini saya terjumpa beberapa ekor kepinding ini duduk bertenggek di pucuk pokok yang saya tanam. Lama kelamaan pucuk tersebut mula layu seperti kesan terbakar.

kepinding2

Saya cuba bau serangga ini kerana kebiasaanya kepinding mempunyai bau yang busuk. Yang peliknya semasa saya bau, takde pula bau busuk. Rupanya, ada satu rujukan, menyatakan┬á kepinding ini akan “kencing “ kepada sesiapa yang mendekatinya terutama pada musim mengawan. Mungkin semasa saya dekatinya ketika itu, waktu tu bukan musim mengawan agaknya. Nasib baik tak kena kencing !!

Number of View :12932

One comment

  1. Serangga ini juga dikenali dengan nama “Kesing” di Kelantan. Baunya memang busuk terutama apabila ia disentuh atau rasa diancam.
    Kesing wujud dalam banyak jenis dan warna. Nama saintifiknya Nezara sp. dari keluarga Pentatomidae mungkin kerana dari bentuknya yang seakan-akan enam segi. Ia juga dipanggil ‘Stinky bug’ kerana baunya itu. Paling popular kalau di kampung adalah kepinding hijau. Ia suka menyerang tanaman padi sehingga padi menjadi hampa dan boleh mengurangkan penghasilan padi yang amat ketara.
    Pijat atau pepijat rumah juga merupakan salah satu jenis kepinding tetapi dari jenis yang menghisap darah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam