April 19, 2024

NYAMUK, lalat, tikus, lipas malah apa jua jenis serangga perosak sekalipun, memang mengganggu keselesaan kita. Ini kerana kebanyakan serangga bukan hanya membawa penyakit, bahkan kemunculannya di rumah boleh menjejaskan kerja seharian dan imej kita yang mungkin dianggap pengotor oleh orang lain.

Pelbagai cara diamalkan untuk menghapuskan kemunculan serangga, namun cara yang paling lazim adalah menggunakan racun pemusnah serangga yang dijual di pasaran.

Walaupun penggunaan racun serangga itu memang berkesan, tetapi biasanya ia hanya sebagai langkah sementara dan kesannya hanya untuk jangka masa yang singkat. Bagaimanapun, mungkin ada kalangan kita yang menggunakan tumbuhan tertentu untuk menghapuskan makhluk perosak tersebut.

Antaranya adalah pokok NILAM atau dari segi botani dikenali sebagai Pogostemon cablin yang dikatakan sesuai untuk menghapuskan serangga perosak. Pokok ini adalah dari jenis renek dengan batang bercabang dan tumbuh dalam bentuk rimbun. Ia sering ditanam di kawasan kampung.

 

Daunnya pula berbentuk bujur dan bergigi di tepi serta mempunyai permukaan yang seolah-olah berbulu. Menurut pegawai di Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap, tumbuhan yang jenis payah berbunga ini dikatakan mempunyai bau yang tidak digemari oleh serangga perosak.

“Ia seolah-olah bersifat antiserangga. Bendasarkan pengakuan beberapa pengamal perubatan herba, pokok ini bagi manusia mempunyai bau yang wangi semerbak.

 

Mungkin benar kerana serangga perosak tidak gemar suasana yang wangi. Mereka cepat membiak jika kawasan rumah kita busuk dan kotor”, katanya. Malah jelas beliau, daunnya juga bersifat antiseptik yang sesuai untuk mencuci dan mengembalikan kewangian kepada pakaian kita.

Tajuddin berkata, air ramasan daunnya yang dicampurkan air hampas teh-O sering digunakan sebagai air bilasan bagi mengambalikan kewangian kain batik. “Selain itu, daun pokok ini juga dikatakan mengeluarkan pati minyak yang boleh dibuat minyak wangi”, katanya.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :10662

14 thoughts on “Daun nilam mencegah serangga

  1. Kami menjual benih nilam RM8.00 sepokok. Selain itu Pokok bangun-bangun.

    Tempahan untuk kuantiti yang banyak akan mendapat diskaun. berminat dengan benih nilam tel 012-7066365 Sudin.

  2. Bau aroma Nilam wangi . Teringat dizaman sekolah dulu daun nilam dipetik dan disimpan didalam Al-Quran bila kering dijadikan penunjuk bacaan

  3. nilam ni sebenarnyer bagus. tapi nak akstrak minyak tu yg payah(nak komersilkan ) tp…sy nak try kalau pokok ni sesuai di tanam di sekitar rumah cendawan untuk elak serangga kat rumah cendawan…

  4. Siapa ada pokok nilam untuk jual sila hubungi 019-7931523. Genuine seller saja fon. Harga mesti rendah pokok elok. tq

  5. Saya juga perlukan anak poko gaharu. sila fon 019-7931523. asap. hanya genuine seller iaitu farmers. tq

  6. saya memerlukan pengeluar pokok nilam dan juga saya
    menjual minyak nilam untuk dikomersialkan….saya mencari pembeli minyak nilam…

  7. salam…saya mencari benih pokok nilam utk kegunaan sendiri….bantu saya sandara saudari..saya berada di sungai petani..sila hubungi,kita bincang,..01119091040.

  8. assalamualaikum. daun nilam ni pernah saya gunakan masa zaman kanak2 dulu.Daun2 ni diselit pada helain al quran.Quran menjadi wangi dan helaian kertas tidak diserang, dimakan bubuk.
    saya juga mencari benih pokok ni.sesiapa adamaklumat info saya pada e mail .. sh327081@gmail.com
    ps. syarifah @12 dah contact muizz tak 0127066365 comment tag # 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam