November 9, 2024

Rumput MARDI digit(Digitaria Setivalva) berasal dari Afrika Selatan dan telah diperkenalkan ke negara-negara lain. Ia sejenis rumput berstolon, tumbuh bertompok-tompok dan mempunyai batang tegak dengan buku ruas yang mempunyai sedikit bulu halus. Stolon ada mulanya tumbuh tegak tetapi kemudiannya rebah dan menjalar seperti stolon biasa. Rumpunnya sederhana tebal, dengan batang dan daun yang lembut dan boleh tumbuh setinggi 30 – 50 cm. Bahan kering yang dihasilkan ialah 16 – 23 tan/ha setahun. Rumput MARDI digit sesuai untuk ragutan dan mengandungi protein kasar sebanyak 9.0% dengan kehadaman in-vitro yang agak tinggi.
Rumput ini mudah dibiak dengan keratan rumpun walaupun mengeluarkan sedikit biji benih yang subur. Sesuai ditanam di kebanyakan jenis tanah terutamanya tanah gambut. Pertumbuhannya adalah lebih baik apabila ditanam di tanah yang subur atau diberi pembajaan nitrogen.

Rumput yang tumbuh akan digunakan untuk makanan kambing ternakan. Tuaian secara teratur akan digunakan supaya kualiti rumput dapat dijaga dengan baik. Perancangan untuk menggunakan baja campuran bagi menyuburkan lagi rumput yang ditanam.

Memandangkan projek pemeliharaan ini dilaksanakan secara fidlot maka kambing akan dibekalkan dengan rumput yang dituai dan bukan dibenarkan lepas ragut. Ini untuk memastikan bekalan rumput mencukupi bagi jumlah kambing yang sedia ada. Pelaksanaan ternakan sistem fidlot lebih effektif bagi skala kecil memandangkan kawasan yang ada sedikit dan memerlukan kawalan khusus untuk rumput yang ditanam.

Penanaman pokok pepagar seperti pokok petai belalang adalah dirancangkan supaya bekalan protin kepada kambing dapat dibekalkan oleh pokok kekacang tersebut.

Pembajaan untuk pokok belalang akan menggunakan 40 -60 N(199 – 298 UREA). Penanaman pokok petai belalang adalah untuk menambahkan sumber protein memandangkan ianya sejenis kekacang yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png

Number of View :9906

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam