March 24, 2025

Cekur berasal atau nama saintifiknya Kaempferia galanga dikatakan berasal dari Asia Tropika. Penyebarannya meliputi kawasan di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam serta India dan China. Di negara kita, kebanyakan kawasan ditanam di sekitar rumah yang berkeadaan lembab dengan sedikit teduhan.

Pokok Cekur mempunyai daun-daun yang lebar dan tumbuh mendatar di atas permukaan tanah. Saiz daun boleh mencapai sehingga 10 cm lebar dan 15 cm panjang. Pelepah daun pendek dan berukuran 2–3 cm sahaja. Cekur berbunga di tengah-tengah rumpun. Bunganya berwarna putih dan berbintik ungu. Daun dan rizomnya mempunyai bau yang unik dan sangat beraroma. Rizomnya berbentuk seperti susunan jari. Di hujung akarnya pula, terdapat butir-butir ubi berwarna putih kemerahan yang juga berbentuk seperti jari.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png

Number of View :11362

7 thoughts on “Pokok Cekur

  1. Setahu saya cekur ada 4 jenis. Cekur jantan daunnya panjang seakan-akan rumput padang agak tebal, cekur betina daun lebar serta tebal, cekur hitam daun lebar tetapi nipis serta mempunyai corak batik hitam pada daun tua manakala cekur merah asal dari India daunnya lebar besar tapak tangan. Daun muda agak berkilat merah kehitaman ubinya kuning.Dalam banyak-banyak cekur, cekur betina ramai yang menjadikannya sebagai ulam.

  2. cekur ni sangat elok untuk ibu2 yang dalam pantang,makan buat ulam bersama nasi panas.

  3. adakah kesemua tumbuhan cekur itu boleh di buat ulam? dan untuk batuk, bagaimana caranya dibuat ubat??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam