
Petai belalang atau nama saintifiknya Leucaena leucocephala berasal dari Mexico dan diperkenalkan ke negara tropika termasuk Malaysia. Kekacang ini mempunyai nilai yang tinggi. Tahan terhadap pemotongan yang kerap, memberi hasil yang tinggi dan sesuai di kawasan yang mengalami taburan hujan yang rendah (500 – 5000 mm) asalkan tanahnya subur. Kurang sesuai pada keadaan tanah berpasir atau air bertakung. Mempunyai akar tunjang yang panjang, terutamanya di tanah beralkali. Keadaan ini membuatkan petai belalang tahan terhadap keadaan kemarau.
Petai belalang adalag Kekacang renek jenis tahunan ini boleh tumbuh setinggi 2.4 – 3.7 m sekiranya tidak diragut. Ia mempunyai daun bipinat dan bijinya berwarna coklat tua. Petai belalang ditanam menggunakan biji benih. Pertumbuhan pada peringkat awal adalah lambat. Oleh yang demikian penjagaan yang rapi terutama pengawalan rumpai diperlukan. Petai belalang boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 15 – 20 tan/ha setahun dengan protein kasar 22.9% . Daun-daun dan batang kecil berukuran 4 mm amat disukai oleh ternakan. Pemberian petai belalang sebagai makanan tambahan atau ragutan campuran bersama makanan tambahan atau ragutan campuran bersama rumput dapat meningkatkan hasil kambing pedaging yang tinggi .

Mimosin ialah sejenis asid amino yang terdapat dalam daun dan batang petai belalang terutama daun atau batang yang muda. Keracunan mimosin ini akan menyebabkan keguguran bulu, kehilangan selera makan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan pembesaran kelenjar tiroid. Oleh sebab itu, pemberian petai belalang dalam campuran makanan tidak boleh melebihi 30% bagi mengelakkan keracunan mimosin ini.
Daun petai belalang boleh dibuat mil. Mil daun petai belalang mengandungi protein dan pewarna xantofil serta gentian kasar yang rendah yang sesuai untuk makanan kambing. Namun, penggunaan mil daun petai belalang bagi poltri dihadkan pada aras 3 – 4% untuk mengelakkan keracunan mimosin.

Salam,
Daun petai ini perlu di Degraded terlebih dahulu sebelum ia diberi sebagai makanan campuran. Ia akan mengeluarkan bahan toxin dan mengekalkan kandungan protein tumbuhan. Kami mempunyai cecair Degration yang dibuat khas melalui sebaktian EM bagi tujuan merawat tanah dan bahan toxin dalam tumbuhan.
sstgh tpt petai belalang dibuat sambal tumis. sexy x penah cuba. malas. remeh. kocik sgt.
Petai belalang juga kaya dengan protin, dipercayai boleh menghasilkan susu yang banyak kepada binatang ternakan yang diberi makan petai belalang sebagai sebahagian drpd diet pemakanannya.
hahaha…lawak bibik jawa timur umah dia masak sambal petai belalang ni…
nk pinjam gambar pokok petai ni boleh?
Biji petai belalang ni boleh mengurangkan darah tinggi…..la. Caranya………….
eh nie bukan pokok liar ke
@Kitab Waima Group – @aza – salam satu malaysia sy adalah pembekal biji benih petai belalang jika berminat sila hubugi mohd 0172026669
daripada mana sumber penulisan nii? sy nk wt rujukan.. hehe
petai belalang ini boleh membiak dengan cepat di sesuatu tempat dan sukar pula untuk mengawalnya. Bijinya yg masih muda boleh dimkn seperti petai biasa. Baunya pun sama seperti petai biasa cuma bijinya kecil dan agak licin. Ada orang merebusnya dulu bagi mengurangkan baunya. Biji yang telah tua berwarna coklat. Lengainya akan terbuka dan bijinya akan berguguran ke tanah bagi membentuk pokok yang baru. Lembu dan kambing memang sukakan daun pokok ini. Kambing yang liar pun akan jadi jinak apabila diajukan dengan daun petai belalang ini…