April 20, 2024

Pokok Fukugi atau nama saintifiknya Garcinia subelliptica adalah spesies tumbuhan yang berasal dari kawasan tropika Asia, termasuk China, Taiwan, Jepun, dan Filipina. Pokok Fukugi dikatakan sangat sesuai tumbuh di kawasan tropika dengan kelembapan dan hujan yang tinggi. Ia memerlukan cahaya matahari penuh untuk tumbur subur.

Dari segi rupa, pokok Fukugi ialah pokok bersaiz kecil hingga sederhana tetapi boleh mencapai ketinggian sehingga 15 meter. Ia mudah dikenali melalui daunnya yang berkilat (seakan daun nangka), bentuk eliptik dan bunganya kecil berwarna kuning. Pokok ini sering dijadikan tanaman hiasan kerana rupanya yang menarik. Di Malaysia, ia telah mula di tanam sebagai tanaman landskap di kawasan-kawasan bandaran atau di tepi-tepi jalan/lebuhraya.

Menurut rujukan; Pokok Fukugi  ini mempunyai beberapa kegunaan lain. Kulit, daun, dan buah pokok telah digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat pelbagai penyakit, termasuk luka dan cirit-birit. Buahnya pula, apabila masak berwarna kuning dan mengeluarkan aroma harum. Ia boleh dimakan dan telah digunakan dalam masakan tradisional di Jepun dan Taiwan.

Selain khasiat perubatannya, pokok Fukugi juga terkenal dengan kepentingan kepada alam sekitar. Ia boleh dijadikan salah satu jenis tumbuhan yang boleh mengawal hakisan atau tanah runtuh kerana sistem akarnya yang kuat, yang dapat membantu mengikat tanah. Pokok ini juga dikatakan mempunyai keupayaan menyerap air berlebihan, menjadikannya sangat sesuai di tanam di kawasan yang terdedah kepada kawasan banjir.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :4503

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam