November 13, 2024

Pokok Loropetalum atau nama saintifiknya Loropetalum chinense var. rubrum tergolong dalam famili Hamamelidaceae. Pokok Loropetalum merupakan tumbuhan yang sering dijadikan tanaman hiasan kerana daun dan bunganya yang berwarna merah sangat menarik perhatian. Pokok ini juga banyak digunakan sebagai pokok pagaran dan juga dijadikan topiari.

Pokok yang berasal dari China ini juga dikenali dengan nama Fringe flower dan Chinese witchhazel. Pokok ini sangat mudah dijumpai di sekitar Putrajaya dengan pelbagai bentuk topiari.  Topiari adalah antara cabang seni landskap yang membabitkan pemangkasan pokok untuk membentuk atau mengubah tanaman tampil lebih menarik.

Bagi mendapatkan bentuk topiari yang menarik, pokok Loropetalum hendaklah rajin dipangkas bagi menghasilkan dahan dan daun yang lebih banyak dan padat. Kemudian daun dan dahannya boleh dicantas bagi mendapatkan bentuk yang dikehendaki seperti bentuk bulat dan segiempat.

Pokok ini sangat sesuai ditanam di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh atau separa teduh. Kebiasaannya, pokok ini dibiakkan melalui keratan batang.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :17233

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam