April 19, 2024

Pokok Kiara Payung atau nama saintifiknya Filicium decipiens tergolong famili Sapindaceae. Ia lebih dikenali dengan nama Fern Tree kerana daunnya seakan menyerupai daun pakis. Ia dikatakan berasal atau banyak ditemui di Western India, Sri Lanka dan Africa. Pokok ini mudah ditemui kerana banyak di kawasan letak kereta dan di taman-taman perumahan khususnya di Putrajaya. Pokok ini sering digunakan sebagai hiasan landskap bagi memberi keindahan dan yang penting dapat memberikan teduhan.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Jika dilihat dari hubungannya, spesies ini juga merupakan satu famili dengan pokok rambutan. Ini bermakna, pokok ini mempunyai ciri pembungaan yang sama dengan pokok rambutan. Menurut beberapa sumber dari luar negara, pokok kiara payung mengeluarkan bunga pada lewat musim sejuk hingga musim bunga atau pada pertengahan musim bunga hingga awal musim panas.  Dilaporkan, buahnya tidak sesuai di makan tetapi sangat digemari oleh burung. Di Malaysia, seingat saya belum pernah saya melihat pokok kiara payung berbunga atau berbuah. Adakah ia sangat sukar berbunga di Malaysia?

Pokok kiara payung dikatakan mempunyai pertumbuhan yang perlahan namun mampu mencapai ketinggian sehingga 30 meter. Ia sangat sesuai di tanam di kawasan yang mempunyai matahari penuh dan penjagaannya juga sangat mudah.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :14409

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam