November 13, 2024

jompigitaman2009

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tenom mengambil masa lebih 2 jam membuatkan ramai di antara kami mengalami simptom seperti mabuk laut. Masa kan tidak, jalanraya seperti ular kena palu dan pendakian turun naik bukit membuatkan kami terpaksa mengurut perut (rasa loya).  Akhirnya diizinkan juga saya menjejakkan kaki ke Taman Pertanian Sabah yang terletak di Lagud Seberang, Tenom.

Taman seluas 202 hektar ini telah dibuka sejak tahun 2000 merupakan Taman yang berkonsepkan agro-pelancongan. Ia turut dilengkapi dengan taman hiasan, taman evolusi, taman hoya, pusat lebah, koleksi germplasm, orkid asli, muzium hidup tanaman dan lain-lain lagi.

jom_pigitaman2009
Di Taman Pertanian Sabah ini juga, terdapat pelbagai keajaiban spesies tumbuhan tropika dan juga kepelbagaian spesies tumbuhan asli. Pada kebiasaanya, sebanyak tiga pesta diadakan setiap tahun antaranya Karnival Ulang Tahun Taman Pertanian Sabah (Mac), Pesta Bunga dan Buah (Ogos) dan Pesta Jom Pigi Taman (Disember).

jompigitaman_2009

Semasa kunjungan saya ke sana, Pesta Jom Pigi Taman ( 5-6 Disember 2009 ) sedang berlangsung dan telah dirasmikan oleh Pengarah Pertanian Sabah. Ia merupakan satu acara tahunan yang diadakan bagi mempromosikan Taman Pertanian Sabah ke seluruh negara dan negeri Sabah khususnya.

jompigi_taman2009

Persekitaran Taman Pertanian Sabah menarik pandangan saya. Kehijauan dedaunan dan kepelbagaian spesis tumbuhan memukau hati siapa yang melihat. Bagi saya ia merupakan Taman yang paling menarik yang pernah saya kunjungi. Walau bagaimanapun, dengan masa yang singkat membuatkan saya tidak sempat untuk menjelajah keseluruhan Taman yang luas ini.

nadir

Semasa acara ‘Pesta Jom Pigi Taman’ ini diadakan, pelbagai aktiviti dijalankan bagi menarik minat pengunjung dan pelancong. Pameran buah-buahan nadir yang terdapat di Sabah sememangnya menarik sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana. Pelbagai jenis buah-buahan yang unik dan pelik yang mungkin tidak anda dapat lihat di Semenanjung terdapat di sini.

nadir2

Terdapat juga pelbagai pertandingan diadakan seperti pertandingan masakan ikan tilapia…

pertandingan

Pertandingan Gubahan Bungan Hantaran…

pertandingan2

Pertandingan Gubahan Bungan Meja…

pertandingan3

Pertandingan Bunga Kaktus…dan pelbagai petandingan lagi.

pertandingan4

Tidak ketinggalan juga pelbagai jenis jualan produk pertanian, anak pokok dan lain-lain lagi yang tidak dapat saya tunjukkan di sini..

jualan

Antaranya adalah seperti umbut peach palm dan buah avokado..

jualan2

Pada artikel akan datang saya akan memperkenalkan buah-buah nadir yang pelik lagi ajaib untuk tatapan anda..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :33890

22 thoughts on “Taman Pertanian Sabah Tenom

  1. Sdr, Fazilsyam. Terima kasih tidak terhingga kepada kamu kerana kamu telah membuka minda saya tentang keindahan pelancongan pertanian Tenom Sabah. untuk makluman sdr, walaupun aku penduduk negeri Sabah, tapi jarang betul aku kesana, pernah juga tahun 2005, tapi aku dipekan atas jemputan En. Jain lintun – Pegawai tumbuhan sana, beliau adalah suadara saya. Pernah kah sdr melawat Institut Timbang Manggaris Kota Belud. Jika anda masa akan jalan2 diSabah jangan lupa Email. saya ok

    Wassalamaikum.

  2. salam..pe2 hal pun 10q..

    bnyak info2 berguna yg sya dpt dari cek fazli…teruskan usaha dlm mmberi info2 berguna kepada kami…

    salam perjuangan.

  3. anyway tq..for en fazli information…. sebenarnya di sabah banyak buah-buahan yang ada di situ tetapi tiada di semenajung… eloklah di perkenalkan serba sediki kerana gererasi muda juga kurang pengetahuan berkenaan perkara ini.

  4. terimakasih kepada en Fazli kerana banyak yang saya dapat dari imfo awak beri. saya suka dengan gambar buah-buahan nadir yang awak paparkan, tapi kalau dapat tahu nama-nama sitiap buah-buahan yang jarang kita temui disemenanjong tentu bagus.

  5. Dulu maser dok wat kijer JPS kat situ ada gak masuk saner….ader sejenis pohon yang menarik di situ…..tapi tak ingat dah namer apa dan juga kelebihannyer….

  6. tq atas info2 yg menarik dan berguna..keep it up..:))
    sbnarnya evy pernah tinggal kat taman pertanian lagud seberang tenom selama 1-2 tahun..tinggal bersama pakcik yg berkerja sbg pegawai pertanian kat situ.tapi itu pada tahun 1991 dulu…dulu2 keadaan lagud seberang belum ada lagi pembangunan..di sekelilingnya cuma pokok2 yg pelbagai jenis..namun sedap mata memandang.
    nampaknya dah ketinggalan jauh evy ni..rupa2nya sudah hampir lebih 10 tahun tak dtg ke sana…
    bila baca info ttg lagud seberang tenom,rindu pla nak dtg kembali ke sana..melawat pakcik dan keluarganya sambil menikmati keindahan taman pertaniannya..
    sudah banyak kemajuan dan pembangunan rupanya..cantik…:))

  7. Salam,

    Kalo ada pakej cuti-cuti Malaysia ke Tenom 3 malam 4 hari ke jgn lupa jemput wak ye! Anggar2 lah belanjanya InsyaAllah wak akan ikut sama.

    Terima kasih

  8. salam, trime ksih banyak kerana telah menghantar info
    tentang pelancongan malaysia.
    dapatlah saya mengetahuai perkembangan industri pelancongan dan produk yang diperkenalkan oleh saudara….

  9. salam , terima kasih info yang berguna .Di sini saya dapat belajar belbagai jenis tanaman yang saya tak pernah melihat sebelum ini.saya berminat dibidang pertanian tapi saya tak ada tanah.

  10. Salam Sejahtera Saudara Fazlisyam,

    Terima kasih atas segala informasi yang diberikan selama ini. Saya merupakan penuntut yang terlibat dalam pentadbiran dan pembangunan tanah dan atas sebab demikian, saya berminat untuk menceburi lebih banyak bidang dalam pembangunan dan pentadbiran tanah selain daripada pembinaan bangunan.

    Di samping itu, pensyarah saya yang berfikiran keusahawanan telah menginspirasikan saya untuk mengetahui lebih dalam bidang tanaman dan pertanian. Saya telah mula mengumpul maklumat bagi menghasilkan satu journal pertanian yang merangkumi pelbagai tanaman berpotensi untuk dijadikan produk makanan dan kegunaan pada masa hadapan.

    Penghantaran email saudara sememangnya banyak menolong saya dalam mengeksploitasi pengetahuan dalam bidang pengajian. Kata berterima kasih yang mampu saya berikan atas sumbangan saudara. Menunggu berita atau pengalaman menarik daripada saudara pada masa akan datang.

  11. Salam sejahtera en. Fazlisyam
    tidak pernah jemu untuk menerima e-mail awak
    banyak ceria menarik dari blog awak tahniah
    walau saya tak dapat pergi ke Taman Pertanian di Tenom, dari cerita awak
    saya dapat juga info menarik
    terima kasih…

  12. Terima kasihlah Email anda mengenai lawatan anda kelagut seberang tenom, aku tak sangka sdr Fazlisyam dapat menjejaki Negeri Sabah. lebih-lebih lagi dearah yang jauh dibandar. walaupun saya orang Sabah, jarang sekali datang kepertanian tersebut. sangat bangga sdr dapat kesabah. Akan datang janga lupa datang ke Institut Timbang manggaris Kota Belud. Insyallah panjang umur anda kesana..

  13. salam….terima kasih kerana sudi menhatar gambar gambar buat tatapan saya dan keluga saya dapat menelai apa petingnya anugarah tuhan jadikan untuk kita semua kalau kita usha ada hasil nya.terus kan usha mu semuga bertambah rezki yang di miliki allah.

  14. Salam…Usaha saudara ini sangat bermanfaat.saya harap saudara dapat juga ketaman2 pertanian lain diseluruh negara dan pekenalkan disini untuk tatapan sesiapa yang berminat,kesempatan saya bekerja di Sabah telah memberi peluang saya ketaman pertanian Tenom.Petugas2 ditaman ini ramah dan mesra banyak info diperolehi semasa lawatan bersama keluarga.Untuk sampai ke Tenom juga boleh menggunakan perkhidmtan keretapi dari KK.

  15. Wah,nampaknya makin hari makin ramai follower blog sedara fazlisyam nih…..

    Admin,

    Apa kata wujudkan kelab pecinta tumbuhan ni…perjumpaan setahun sekali ke @ apa2 aktiviti yg sesuai.Yang penting lawatan ke destinasi yg ada tumbuhan unik serta special jadikan aktiviti tahunan…ok x….?

  16. salam…..
    tqq coz antor info smua ni…
    rindu plak nak g sabah….
    dlu trip UMS course i ade wat trip g cne we all stay cne 2 week…
    we all bkhemah tau..
    besttt sgttt…
    mcm2 we all wat cne…
    klu x slah dlm thn 2006 tau 2007 ler lpe dah…
    mcm2 cite we all dgr hahahaaaa..
    ala biasa ler tmpt cam tu kn…
    yg best sgt…
    lecture ktog cite ade 1 poko besr kat cne…
    ade pnungu yer..
    heheheee..
    ati2 bla ke cne…
    hahaha…
    ala mane2 pun ade bnda camtu kn..
    jnji kte x usik dia….
    ok klu korg g cne..
    jgn lpe minum kopi tenommm….
    besttttttttttt….

  17. salam…sya sedang buat kajian tentang Pokok Keladi Tikus..sya fokuskan pada bunga keladi tikus…sya nk dapatkan info tumbuhan 2 tuk projek akhir sya,,.harap dapat membantu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam