Pokok kopi yang ditanam menggunakan biji benih mula mengeluarkan bunga lebih kurang setahun selepas ditanam di ladang. Ini berbeza daripada anak benih yang ditanam menggunakan baka cantuman di mana ia mula mengeluarkan bunga pada peringkat umur 6 – 9 bulan selepas ditanam.
Buah kopi jambu berwarna hijau semasa muda dan bertukar menjadi kuning dan merah apabila masak.
Kopi termasuk bahan sampingan yang unik. Mengapa begitu? Ini kerana biasanya minuman diperolehi daripada daun , atau pati buah-buahan.Kopi pula didapati dari biji kopi yang dipanggang dan seterusnya dikisar halus. Serbuk kopi ini seterusnya dibancuh dengan air panas dan airnya diminum. Rasanya pahit, tetapi dengan penambahan gula, minuman ini menjadi sangat istimewa terutama sekali aromanya yang luar biasa. Tidak hairanlah jika minuman ini rnenjadi pilihan ramai di seluruh dunia. Malah, sesiapa sahaja boleh menikmati kopi lebih daripada 5 cawan setiap hari.
Sebagai minuman, kopi kemudiannya tidak sahaja di-campurkan dengan gula semata. Kopi akan diperkayakan rasa-nya dengan curahan susu atau krim. Penyediaannya juga tidak lagi hanya minuman panas, tetapi juga boleh disejukkan. Kopi yang dicampur bersama susu dan krim, menciptakan banyak sekali variasi minuman. Ada cappuccino, kopi yang ditekan krim di atasnya. Ada latte yang sejak kebelakangan ini sangat popular, yang sebeharnya hanyalah kopi campuran kopi dan Susu. Masih ada lagi pengubahan minuman kopi seiring dengan bertambah banyaknya kedai-kedai kopi dinaikkan dari pelbagai bandar.
Aroma kopi yang luar biasa godaannya, juga digunakan untuk membuat pelbagai jenis kek, roti dan biskut kering.’Kopi yang digunakan untuk membuat kuih, biasanya kopi segera supaya tidak mengotori penampilan kuih.
Kini, Kopi tidak hanya amalan sebagai teman untuk mengusir mengantuk dan membuat kita tetap ‘bertenaga’, namun juga punya manafaat lain yang membuatkan anda dan pasangan senyum lebar.
Selain mampu menghilangkan pening, kopi juga memiliki manafaat lain untuk pasangan, iaitu merangsang kesuburan lelaki.
Number of View :7709
Tq…kerana ada orang macam sedara fazlisyam ni yang rajin mengumpul info khazanah warisan bumi ni…bukan sekadar bahan rujukan tapi lebih dari itu ia juga sebagai sebaran ilmu yang sentiasa mengalir pahalanya selagi ada orang yang membaca dan memanfaatkannya…..saya asalnya masuk ke laman ini secara tak sengaja,tetapi sebagai pecinta alam saya berasa tertarik dengan info yan ada..tq
Saya pun ucap terima kasih kerana ada org yg mcm chah ni sudi berkongsi pengalaman.. byk yang saya belajar juga sebenarnya.. betul la kata chah.. daripada kita simpan sahaja.. baik kita kongsi dengan org yang memerlukan.. dapat juga sedikit pahala percuma..
di harap.. chah terus memberi komen di blog ini.. tq..