December 1, 2023

 

Rawatan rambut menggunakan teknologi terkini ada kalanya boleh merosakkan kesegaran ‘mahkota’ anda. Justeru, merawatnya dengan bahan semula jadi adalah langkah terbaik. Misalnya, dengan buah avokado. la sangat berkesan untuk memberi pelembapan yang lebih dan juga kaya dengan protein. Apa kata anda ikuti petua berikut…


Potong atau kisarkan sehingga halus sebiji buah avokado yang sudah masak. Campurkan bersama sesudu jus lemon, sesudu garam dan sesudu bendalir lidah buaya. Gaulkan hingga menjadi sebati.
Sapu dan sisirkan ramuan tadi pada rambut dan urut perlahan-lahan dengan jemari anda yang lembut. Lalu tutup rambut anda dengan penutup kepala atau shower cap dan litupkan sehelai tuala di sekeliling kepala untuk menyerap basahan.


Biarkan selama 20 hingga 30 minit sambil anda membaca majalah, mahupun mendengar lagu kegemaran anda.
Sesudah itu, bilas dengan air sebersihnya. Jangan lupa bersyampu dan bilas sekali lagi untuk hasil rambut yang lebih lembut dan menawan. Selamat mencuba!

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :5276

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam