Tongkat Ali adalah sejenis herba yang tidak asing lagi kepada pengamal perubatan tradisional di rantau ini (Asia Tenggara) sejak turun-temurun. Di Indonesia pokok ini dikenali dengan nama Pasak Bumi. Di Vietnam pokok ini dikenali dengan nama Cay ba binh yang bermaksud ‘tumbuhan penyembuh 100 jenis penyakit’. Memang tepat dengan panggilan yang diberikan kepada pokok ini kerana Tongkat Ali terbukti berhasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Nama saintifiknya ialah Eurycoma Longifolia Jack. Di kalangan masyarakat kita, apabila sahaja disebut Tongkat Ali ramai yang mengaitkan dengan masalah keupayaan seksual lelaki.
Rupa pokok Tongkat Ali hampir sama dengan pokok sentang. Batangnya lurus tegak, daunnya berpelepah dan sifat yang sangat ketara ialah akar tunjangnya besar dan lurus. Pokok yang berumur 10 -15 tahun, panjang akar tunjangnya boleh mencapai antara 6 – 9 kaki dan biasanya tidak mempunyai akar cabang. Mungkin itulah sebabnya maka pokok ini diberi nama Pasak Bumi. Tongkat Ali tumbuh secara semulajadi di hutan tropika yang berbukit bukau di negara-negara Asia Tenggara meliputi negara Myanmar, Thailand, Vietnam, Malaysia, kepulauan Borneo dan Indonesia. Dalam keadaan habitat asalnya pokok Tongkat Ali dikatakan lambat membesar. Untuk mencapai peringkat matang (berbunga) pertumbuhannya mengambil masa selama 10 -15 tahun. Bagi pokok yang ditanam di ladang peringkat matangnya adalah lebih awal iaitu antara 5 – 7 tahun.
Dalam amalan perubatan secara tradisional hanya bahagian akar pokok Tongkat Ali sahaja yang digunakan. Akar yang dicabut akan dipotong nipis kemudian dikeringkan beberapa hari sebelum digunakan. Mengikut amalan tradisional, akar Tongkat Ali yang telah cukup kering direbus dengan tiga cawan air sehingga menjadi satu cawan. Cara ini adalah amalan biasa yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional untuk mendapatkan pati herba. Air rebusan Tongkat Ali ini diminum dua kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.
Tongkat Ali mempunyai pelbagai hasiat untuk penjagaan kesihatan badan. Khasiat utama akar Tongkat Ali ialah untuk kekuatan tenaga batin lelaki serta perempuan yang ada kaitan dengan meningkatkan keinginan seks. Banyak kajian yang dilakukan oleh pakar perubatan dan ahli penyelidik luar dan tempatan berhubung dengan perkara ini. Dr. Bakti Nitisastro Taufik B.A dari Ka Puskesmas T.N Kodya Tanjung Balai, Indonesia membuat penyelidikan mendapati Tongkat Ali baik untuk kekuatan tenaga batin lelaki dan perempuan. Kajian kesan pengambilan akar Tongkat Ali secara berterusan mendapati pengamal mempunyai perjalanan darah yang lancar dan tidak menghadapi sakit urat saraf serta mempunyai daya tenaga badan yang luar biasa.
Seorang penyelidik dari Jabatan Farmasi USM Dr. Ang Hooi Hoon juga memberi kenyataan pengambilan air akar Tongkat Ali boleh meningkatan keinginan seks, prestasi dan ketahanan. Kenyataan beliau telah disokong oleh hasil kaji selidik Dr. Johari Mohammad Said dan Noraniza bt. Aminuddin dari Universiti Malaya terhadap beberapa orang sukarelaan lelaki bahawa selepas mengambil Tongkat Ali selama seminggu, arastiter testosteron lelaki boleh meningkat hampir 480%. Testosteron adaiah sejenis hormon yang diperlukan untuk merangsang keinginan seks.
Dalam satu lagi kajian yang dibuat oleh Dr. Johari Mohammad dan Noraniza Aminuddin mendapati Tongkat Ali juga mampu menentukan jantina dan meningkatkan kesuburan sperma. Kajian dibuat dengan menyuntik 3 ekor tikus jantan dengan ekstrak Tongkat Ali dan 3 ekor tikus jantan lain tidak disuntik. Tikus-tikus jantan ini dimasukkan dalam sangkar berasingan dengan pasangan masing-masing. Daripada pemerhatian didapati 3 ekor tikus jantan yang disuntik ekstrak Tongkat Ali lebih kerap melakukan aktiviti seks berbanding dengan 3 ekor tikus jantan yang tidak disuntik. Kajian juga mendapati pasangan tikus-tikus jantan yang disuntik telah mengandung. Daripada pembedahan yang dilakukan ke atas tikus-tikus betina tersebut didapati benih-benih yang telah disenyawakan (sperma) terdiri daripada 90% sperma jantan.
Anti malaria
Sejak awal tahun.tujuh puluhan, beberapa pusat penyelidikan perubatan telah mencari -penawar anti malaria plasmodium falciparum iaitu satu daripada empat jenis demam malaria yang telah dikenal pasti. Malaria plasmodium falciparum sangat merbahaya sehingga boleh membawa maut. Tidak seperti malaria lain, plasmodium tidak boleh dirawat dengan menggunakan Choloquire iaitu ubat anti malaria yang biasa ; digunakan ( Miller er. – al. 1986). Pada tahun 1997 sekumpulan penyelidik perubatan Dr. Gimlettle dan Thomson telah berjaya membuktikan Tongkat Ali boleh menawar semua jenis demam malaria termasuklah malaria plasmodium.

thanx for da info… btw.. it’s really help in my study..
hmmm… boleh tak saya nak dapatkan references berkenaan tongkat ali 1997 ke atas malaria.. do u have da copy of the study?
saya ada menanam tongkat ali untuk tujuan komersial..pokok ini ada banyk potensi
saya diethno adalah pembekal tongkat ali dalam bentuk raw material,powder n extract pembekal utama disg. buloh selangor 0122594984
salam.mmg banyak sekali khasiat tongkat ali.disini sy nak papar ckit cara nak cabut pokok ni.Tongkat ali mmg payah untuk dicabut walau pokok tu cuma sebesar kelingking, ada petua cakap cabut dr belakang, oklah kalu pokok tu kecil tp kalu sebesar lengan?Pertama cari pokok yg lurus, tiada cabang.Kalu pokok bercabang selalunya akar jg bercabang yg mana akan payah lg untuk dicabut.Potong pokok aras 3 kaki dr tanah.Hentakkan potongan tadi dengan penukul besi/hammer hgg pokok tadi menurun kedalam tanah beberapa inci.Kemudian gunakan tuas untuk menarik tunjang tongkat ali naik.
Apa yang ingin saya ulas adalah penggunaan perkataan “Pasak Bumi”. Kerap sangat saya dengar ianya disebut dengan meluas tanpa mengetahui akan kedudukan yang sebenarnya. Mungkin yang pakar tidak mahu menceritakan hal sebenarnya kerana kajian keatas tumbuhan hanya terjerumus ke arah samada komersil atau perubatan. Sedangkan “pasak bumu” yang sebenar ada berdekatan dengan pokok tongkat ali ini pada jarak 10 langkah yang mana rupa fizikalnya adalah seperti tali tangsi setebal 6mm yang melingkar sepanjang-panjangnya didalam tanah di bumi ini tanpa tahu yang mana mulanya dan hujungnya. Carilah, memang allah ujudkan segalanya untuk kita mengkaji akan kebesarannya.
sesiapa yang mahukan anak pokok tongkat ali biasa, tongkat ali hitam, tongkat ali putih dan
tongkat ali Hj samad
boleh menghubungi saya faez 013-5088716
beberapa hari lalu telah disengat nyamuk. kemudian rasa loya, pinggang sakit dan deman. rasa rasa nak kena dengkii. saya makan 2 kapsul tongkat ali. alhamdullilah dalam 10 minutes sakit pinggang terus reda dan deman terus hilang.
saya ingin membeli tongkat ali dalam bentuk akar,sesiapa yang ada sila hubungi chong 012-610 1433.
terima kasih.
Berapa tan tongkat ali kering diperlukan?
Shukri
EES HERBS
019-5407859
Setahu sy tongkat ali perlu dicampur dengan herba sampingan yg lain. Ada pelbagai jenis pokok tongkat ali hitam, kuning putih dan ada la lg yang lain daun hampir sama je tp ada yang liat kalau digosok @ direnyok bila buka ok je tak usik @ tkoyak pun. Tp ada lg satu jenis dipanggil tunjang alam dan yang ini sangat hebat. Akar dia mak ai tak padan dengan pokok akar dia berkali ganda tinggi pokoknya. Nak ambil jangan harap la dpt cabut sorang2 cukup la sebesar batang pensil menggil badan.
Tunjang alam yg dinyatakan lain, daunnya besar dan tak sama dgn daun tongkat ali yg biasa. akar dia hitam sikit.
Keaslian tongkat ali kini sebagai penawar sukar dicari, pelbagai kedai, premis, pasar hari & kakilima menawarkan ubat tongkat ali semuanya tidak berkesan, ringkasnya tidak asli.
Oleh itu, saya memohon pengeluar, pemproses dan penjual juallah yang sebenarnya iaitu yang asli sebagai contoh saya telah mengalami masalah resdung selama 7 tahun pada tahun 199o an & saya telah didatangani seorang pegeluar/pengusaha Kg Damak Selama, Perak menawarkan sebotol 30 biji pil tongkat asli yang asli dgn harganya RM3.00 sahaja ketika itu, hasilnya resdung saya terus baik hilang sama sekali sehinggalah sekarang dan saya sedang berusaha mencari ‘pakcik’berkenaan. Kalau terbaca hubungi saya No. Tel: 013 3629451 (Nazeroy) terima kasih ‘pakcik’
Salam 1 Malaysia.
Saya mencari pembeli akar tongkat ali.
Sekarang saya mempunyai akar tongkat ali sebanyak 300kg.
Harga : RM15/kg
Sesiapa yang berminat sila hubungi saya 010-5385345 / 013-8747697
Salam..saya ada membekal tongkat ali akar dan siap racik..harga boleh bincang ikut permintaan.hubungi 0175984085.tq
Salam admin…info menarik…boleh sy kongsi?