November 30, 2023
Menerong atau cyperus adalah sejenis tumbuhan rumpai yang sering terdapat di tanah lembab dan berpaya. Tumbuhan ini mudah ditemui dalam sawah padi, tali air, paya dan tasik. Di sebelah utara Semenanjung menerong juga dikenali dengan nama rumput tiga segi. Nama ini diperolehi kerana kebanyakan batang famiii menerong berbentuk tiga segi. Batang pokok menerong tumbuh menegak dengan ketinggian antara dua kaki sehingga ke empat kaki. Beberapa spises yang ditemui di Afrika dan India mempunyai ketinggian sehingga -melebihi lapan kaki. Daunnya berbentuk kipas bersusun di sekeliling batangnya yang kelihatan seperti rangka payung. Terdapat hampir sepuluh jenis rumput menerong di negara kita. Jumlah tumbuhan dalam famiii ini di seluruh dunia dianggarkan sebanyak 750 -800 jenis. Antara spesis menerong yang mudah ditemui di kawasan sawah ialah rumput ganda (Cyperus Aromaticus), bilisjantan (Cyperus Haspan), para-para (Cyperus Pilosus), rumput tiga segi (Cyperus Odoratus) dan (Cyperaus platystylis). Terdapat juga beberapa spesis yang jarang-jarang ditemui di negara kita seperti spesis ‘broadleaf umbrella palm (Cyperus diffusus), ‘Umbrella palm’ (Cyperus alternifolius) dan ‘Egyptian paper plant’ (Cyperus papyrus). Spesis-spesis menerong ini tidak mempunyai nama tempatan kerana dipercayai berasal dari luar negara yang dibawa masuk untuk tujuan hiasan taman dan laman sej’ak dua-tiga puiuh tahun lampau. Kini spesis-spesis telah ditemui tumbuh meliar di kawasan paya, danau dan tali air. Jenis-jenis pokok yang digunakan bagi menghiasi taman air agak terbatas kepada jenis-jenis pokok yang boleh tumbuh dalam air seperti kiambang, teratai, lili dan termasuklah menerong. Penampilan menerong dalam taman air lebih menyerlah kerana bentuknya yang tinggi selalu menjadi tumpuan pandangan. Kewujudan menerong juga dapat mengimbangkan pandangan kerana kebanyakan jenis tumbuhan air yang lain biasanya berbentuk mendatar di permukaan air. Selain menjadi pokok hiasan taman air menerong juga boleh digunakan untuk menghias taman dalaman dan laman. Penggunaan dalam taman perlu diberi penjagaan rapi terutamanya kadar kelembapan tanah perlu sentiasa lembab. Selain dijadikan pokok hiasan taman air, pokok menerong juga dijadikan bahan hiasan jambangan dalam gubahan bunga. Bagi tujuan hiasan jambangan bunga, beberapa keratan batang menerong akan diatur dengan keratan-keratan bunga lain untuk mendapatkan bentuk gubahan tinggi dan menegak. Keratan batang menerong biasanya akan dipotong bahagian hujung helai daun untuk menampakkan keunikan sesebuah gubahan. Ada dua kaedah yang boleh diamalkan untuk menanam pokok menerong. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan anak pokok yang terdapat pada perdu pokok menerong yang cukup matang. Kaedah ini lebih mudah dan mencapai pertumbuhan yang tinggi hampir 100 peratus tetapi bilangan anak pokok untuk dijadikan benih agak terbatas bilangannya. Penyediaan anak benih dalam jumlah yang besar agak mustahil dapat dihasilkan. Satu lagi kaedah yang biasa diamalkan ialah dengan cara menyemai keratan daun tua. Kaedah ini dapat menyediakan anak benih dengan jumlah yang besar. Keratan daun menerong tua terlebih dahulu perlu dipotong helaian daunnya dan tinggalkan hanya 1 – 2 inci sebelum disemai atas media semaian. Bahan media semaian yang sesuai digunakan ialah pasirsungai atau sekam padi bakar. Buang beberapa helai daun yang telah dipotong supaya tunas-tunas muda di bawah ketiak daun nampak dengan jelas. Letakkan keratan daun tadi atas media semaian dengan bahagian batang menghala ke atas. Tutup bahagian daun dengan lapisan pasir yang nipis. Siram air secukupnya dan letakkan di bawah naungan. Kotak semaian ini perlu disiram dua kali sehari, iaitu di sebelah pagi dan petang. Pastikan media semaian sentiasa berada dalam keadaan lembab sepenuhnya. Dalam masa 4 – 5 hari tunas-tunas ketiak daun kelihatan cambah. Anak pokok yang baru cambah akan membesar dalam masa seminggu selepas disemai dengan ketinggian antara 2 – 3 inci. Pada peringkat ini anak benih bolehlah ditanam dalam pasu yang mengandungi tanah campuran pasuan 1:2:3 dengan bilangan sebanyak 3 – 4 anak bagi sebiji pasu. Semaian boleh juga menggunakan air sebagai media semaian. Keratan daun tua tadi direndam dalam air untuk beberapa hari.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :16315

2 thoughts on “Menerong / Cyperus

  1. hello! gembira saya bila membaca blog anda mengenai pokok menerong / cyperus. Dah puas saya cari dan tanya tetapi tak ada yang kenal pokok ini. Bolehkah anda berikan saya maklumat di mana saya boleh beli pokok menerong? Saya ingin tumbuhkan di taman rumah saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam