February 12, 2025
petai Strok. Berdasarkan penelitian yang diperolehi daripada The New England Journal of Medicine mendapati amalan memakan petai setiap hari berupaya menurunkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40 peratus. Merokok. Petai dikatakan berupaya membantu individu yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang terdapat di dalam petai dikatakan berupaya membantu tubuh sembuh cepat daripada ketagihan nikotin.
  1. Anemia. Dengan kandungan zat besi yang tinggi, petai berupaya menstimulasi pembentukan sel darah merah sekali gus mengurangkan derita pesakit anemia.
  2. Sembelit.Petai memiliki kandungan sera yang tinggi. la membantu memudahkan proses pencernaan sekali gus mengelakkan masalah sembelit.
  3. Kegemukan.Hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Psikologi Austria, mendapati tekanan yang dialami akibat kerja menyebabkan ramai yang memilih coklat untuk mengurangkan tekanan. Begitu pun, makanan tersebut sebenarnya membuatkan anda berhadapan dengan masalah kegemukan. Amalan memakanan petai berupaya mengatasi masalah kegemukan.
  4. Depresi. Petai dipercayai dapat mengurangkan depresi. Ini kerana ia mengandungi Trytophan yang berupaya merubah mood seseorang menjadi lebih relaks dan tidak tertekan.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :16989

11 thoughts on “Khasiat Petai

  1. Petai tidak busuk pada orang yang menghargai khasiatnya. Dan kalau orang berfikir tentang khasiat dan payahnya mereka yang mengutip petai ini di hutan, orang tidak akan berkira tentang harganya.

  2. Tidak boleh di nafikan lagi….. buah-buahan Hutan’ mempunyai khasiat tersendiri termasuk lah Petai’ & Jering, yang dapat membantu dalam masaalah- masaalah tertentu dan larut dalam kencing sebagai saringan anasir2 yg kurang baik dlam tubuh.
    Saya salah seorang yang minat herba2 sebegini, selain dapat membuka selera, juga memberi kahsiat dan kesehatan……

    Maha suci Allah yang Maha tahu apa yang DiciptaNya.

  3. hi hi…baru akutau hebatnya ulam kegemaranku ini. sekali hentam sampai 10 papan…tu biasa la..tp tyul jugak nasihat AMD, kalu makang banyak, jd penyakit pulak…berapa keping sekali makan yg sepatutnya?

  4. Sy dgr2 cite kalau makan petai bersama2 kulitnya, dapat membantu mereka yg ada penyakit kencing manis.
    Betul ke? Ada siapa2 yg ada penjelasannya?
    Tq..

  5. awas .. petua org tua2 >>makan petai tak bolih d makan bersama jering atau kerdas (makan salah satu saja pada satu masa) .. saya pernah tulis info. yg sama d ruang kerdas dulu .. pada yg kalah (alahan) kimia dari ulam2 ini akan `bergaduh’ sesama sendiri, memberi akibat kesakitan susah nak kencing .. orang asli memang pegang petua ini (harap sesapa dapat confirm fakta ini ..)

    artikal berkaitan:

    http://en.netlog.com/pak_choo/blog/blogid=2096047

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam