March 28, 2024

roselle

Saya telah mencuba berbagai produk herba untuk menurunkan berat badan,tetapi tidak mendapat hasil yang memuaskan. Pil herba juga telah saya gunakan, namun hasilnya tetap sama. Kesan sampingan yang sering saya alami ialah pening, panas badan yang beerlebihan, tonsil bengkak dan kesukaran membuang air kecil. Bagi penggunaan teh herba pelansing pula, setelah menggunakannya, biasanya saya akan mengalami cirit-birit yang berterusan, najis cair, kulit menjadi kering dan semakin gelap serta tidak selesa.

Akhirnya saya meggunakan cara sendiri dengan merebus roselle kering, bunga ros kering,peria kering,kurma,halia,teh hijau, dan kaktus kering untuk dijadikan minuman merampingkan badan. Hasil dari itu saya berjaya mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan yakin dengan bahan yang dihasilkan sendiri dari dapur saya. Saya menjadi semakin segar dan cergas, kulit semakin berseri hasil gabungan roselle dan ros kering serta tidak mengalami cirit-birit hasil gabungan peria kering dan kurma.

Kebanyakan barangan yang telah dikeringkan tersebut boleh didapati dari kedai ubat herba cina. Saya tidak perlu lagi bergantung pada ubat-ubatan herba atau yang lainnya yang tidak begitu jelas kandungan didalamnya. Dengan merebus dan mengadun sendiri ramuan tersebut, saya dan keluarga dapat menikmati hasil tumbuhan alam semulajadi yang penuh dengan khasiat tanpa ragu-ragu dan seluruh ahli keluarga saya menggunakannya tanpa risau dan bimbang kerana ia adalah minuman kesihatan hasil buatan sendiri.

Kiriman Emel:salmahsahuddin @ ymail.com

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :18830

17 thoughts on “Khasiat Herba dari Roselle kering, Bunga ros kering, Peria kering, Kurma, Halia dan Teh hijau

  1. saya terpegun seketika, x sangka ros kering tu ada khasiatnyer.pokok ros memang ada saya tanam dirumah tetapi apabila layu kumtumnyer saya akan petik dan buang.kini saya amat menghargai ros kering dan x akan mempersiakanyer lagi.

  2. boleh jelaskan sikit tak, macam mana rupa kaktus kering tu? dan semua tu rebus sekali atau macam mana? terima kasih.

  3. untuk mendapatkan roselle segar atau kering atau jgk produk berasaskan roselle seperti kordial roselle,pati roselle,halwa roselle,jem roselle atau puri roselle sila hubungi saya FARIDA di FAMA di talian 0197983589 atau pejabat 07-4241240

  4. keladak dr rebusan roselle sebolehnya jgn dibuang krn ianya boleh dibuat jem.sy telah mencubanya.rasanya memang sedap.bahkan lg sedap dr beli di kedai.anda semua mesti cuba.

  5. Kepada semua terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.Saya akan cuba.Cuma nak tahu rupa peria kering tu je supaya senang beli.

  6. Salam, ada sesiapa yg telah mencuba? saya juga ingin tau… mohon cik salmah dapat memberi sukatan2 spt yg diminta oleh en samsul…

  7. Assalamualaikum, Kami di Ubaidagrotech ada menjual roselle kering , dan roselle kering kami boleh di gunakan lebih dari 2 kali jika anda ingin membuat air, setelah membuat air anda juga boleh membuat halwa atau pon jem caranya sgt mudah, rebuskan roselle tadi di dalam air yg mendidih kemudian masukkan gula tebu organik supaya ianya menjadi makanan sehat, jika memakai gula putih ianya tidak berapa baik utk kesihatan! Roselle kering kami telah di akui sgt baik produknya oleh ramai pembeli 😀 dan kami juga memasarkan nya ke bnyk syarikat spt HPA, dan sebagainya!
    http://ubaidagrotech.blogspot.com/ &http://www.mykefirworld.com/#/roselle-farm/4542786406, ty tuan rumah 😀

  8. jiran sebelah ade tnm pokok roselle ni.kengkadang die bg bunge roselle…ibu saye banyk kali buat jem,pati jus…
    sedap…………..mkn banyk kali pon x jemu2

  9. betull… roselle byk khasiatnya.. kalu batuk & demam, amalkan minum jus roselle scra panas2.. i’allah, sembuh.. selamt mencuba.. sy ada tanam scr kecil-kecilan.. tq

  10. sesiape yang ingin mendapatkan bekalan roselle segar di johor bahru sila hubungi saya…fresh from the farm…

  11. Assalamualaikum,sy aimie nadia daru Secret Barn Sdn Bhd.Syarikat saya boleh supply produk2 berasaskan buah buahan dan herba yg dikeringkan dan dijadikan powder.kepada sesiapa yg berminat boleh contact sy di 0125375003.Kilang di Sg Peani,Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam