March 28, 2024

misaikucing

Saya baru-baru ini mengamalkan minum air daun misai kucing atas nasihat seorang kawan dan dari maklumat yang dibaca di buku dan internet. Saya telah mengalami sakit gout yang agak kronik sejak 15 tahun lalu dan sering bergantung kepada ubat klinik terutama aloporinol dan ubat tahan sakit.Sering kali air kencing agak kuning pekat dan berbuih. Tetapi selepas minum air rebusan misai kucing sakit agak berkurangan dan terkawal disamping air kencing berwarna jernih putih. Kini saya terus mengamalkan meminum samada teh misai kucing yang sedia ada dipasaran atau air daun misai kucing segar yang ditanam sendiri di halaman rumah.

Kiriman E-Mel: azam67 @ hotmail.com

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :15823

8 thoughts on “Misai Kucing mengurangkan sakit Gout

  1. a,kum, kat Taman Herba Pak Lang Man Trading di Ampang, banyak pokok misai kucing bunga puteh dan bunga pink, kalau nak beli sepokok RM 4.OO saja,(tidak termasuk upah pos) hubungi 017-6135654

  2. Saya dah mencubanya dahulu, memang ada perubahan. Cuma ada cara yang betul nak mendapatkah khasiatnya… bukan sebarangan . Kalau nak tahu bolehlah berhubung dengan saya…

  3. Jika tak keberatan boleh tak Encik Rahim berikan cara yang betul mendapat khasiat misai kucing. Terima kasih

  4. daun pokok misai kucing juga dikatakan bolih merawat sakit kencing manis .. saya belum jumpa lagi pokok yang semudah misai kucing utk di tanam .. ambil pucuk yang lembut tu pun dah cukup >> tanam dlm pasu atau atas tanah tempat pilihan .. mungkin tanam rumput lembu pun lebih susah ..

    .. tapi pastikan tidak di baja selain baja organik dan tidak dicemari racun perosak sbb ia akan menjejaskan daun sebagai ubat .. lagi elok, cabut dengan batang2 nya sekali, cuci dan rebus (termasuk bunganya sekali) dlm periok tanah (lagi baik periok tanah yang ada muncung dan tangkai dan tutup yang khas untuk ubat periok (buatan Cina lagi murah .. siap glace lagi)

    .. air rebusan bolih simpan dlm botol kaca dan masuk dlm peti sejuk .. bolih panaskan bila nak minum .. rebusan bolih d ulang 2 – 3 kali selagi air masih ada warna .. kalu rebus banyak satu keluarga bolih minum dan jadikan minuman harian ganti teh O .. klu nak jimat, daun lepas rebus bolih d keringkan/jemor dan guna bila sesuai ..

  5. assalamualaikum
    Memang misai kucing tinggi khasiatnya.Kalu mat salih komersialkan benda ni dah lama jadi famous untuk pesakit darah tinggi dan k manis.
    Pokok ni mudah hidup dan senang biak.Sekarang ada dijual di supermarket dalam bentuk sachet macam sachet teh boh.
    Untuk kegunaan sendiri , dapatkan daun misai kucing bersama ranrtingnya, gantung dalam rumah dengan pangkal keatas (bagi mencegah daun gugur).Bila dah kering ambil 3 gm(dosage utk sehari) dan buat cam teh o. amalkan minum setiap hari tapi jgn lebih dari 3 gm daun sehari.
    Darah tinggi akan turun dengan ketara selepas 1 jam meminum misai kucing begitu juga kencing manis.Dosage yang lebih mengakibatkan penurunan tekanan darah mendadak yg boleh memudaratkan pengidap.

  6. as we know, misai kucing ni memang hebat khasiatnya. macam macam kegunaanya. ada yg diletak dalam hidangan. ia juga dapat menghilangkan sakit gout. shaklee ada supplement untuk menghilangkan sakit gout.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam