April 20, 2024
Menurut Wikipidia, dalam istilah botanikal, badam bukan kacang. Dalam parlans botanikal, kulit berbatu keras yang menyelirat dipanggil endocarp, dan buah ini, atau exocarp, ialah pepauh, mempunyai lapisan luar yang gebu. Pokok ini adalah asli dari Asia barat daya. Bentuk yang dijinakkan boleh memasakkan buah sejauh kepulauan British. Ia adalah pokok kecil, bertumbuh hingga 4–9 m tinggi. Daunnya adalah meruncing, 6–12 cm panjang, dan tidak rata pada sisi. Bunganya putih atau pink pucat, 3–5 cm diameter dengan lima kelopak, dihasilkan sebelum daun ini pada musim bunga. Di Malaysia, jarang pulak dengar orang tanam pokok badam ni. Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yamg tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :12318

2 thoughts on “Khasiat Badam

  1. hahahah baru sekarang ni tau yg badam tu bukannya kacang.. hoho memang sedap badam ni.. kalu letak dalam coklat lagi sedap.. ermmm terasa kerangupan dia.. hahahha

  2. buah badam banyak diguna orang yahudi dalam menu makanan serta sering diberi kepada kanak-kanak, baik untuk otak dan tumbesaran serta kesihatan jantung, kaya dengan lemak tak tepu (mono unsaturated dan polyunsaturated) juga vitamin E. Banyak diguna dalam masakan orang mediteranean, sebab tu mereka besar-besar,kulit cantik dan pandai.

    Kalau orang melayu boleh jadikan badam sebagai menu masakan harian keluarga atau diganti dari makan kacang goreng (polysaturated fat), kesihatan dan kepintaran lebih terserlah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam