May 29, 2023


Siapa sangka pokok yang sering dijadikan tanaman hiasan rupa-rupanya boleh dimakan. Puding Semangkuk atau nama saintifiknya Polyscias sp. merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai kegunaannya tersendiri khususnya di kalangan penduduk di Johor. Salah satu masakan yang terkenal di sana ialah ‘Botok-Botok’.

Apa kaitannya ‘Botok-botok’ dengan daun semangkuk ini? Daun semangkuk merupakan salah satu ramuan dalam penghasilan ‘Botok-botok’ bagi menghasilkan rasa yang enak selain campuran pelbagai jenis daun/pucuk yang lain. Selain itu, pucuknya juga boleh dicampur sekali dalam masakan lemak putih atau kuning atau juga dijadikan kerabu.

Jika anda mempunyai lain-lain info mengenai tumbuhan ini, silalah kongsikannya di sini.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :20810

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam