April 19, 2024

petua-tradisional

Tahukah anda, petua apa yang kerap orang ingin tahu? Daripada kajian saya; antara 5 carian tertinggi mengenai “ petua “ yang kerap dicari oleh pengguna di internet ialah seperti berikut;

1.petua kecantikan, 2.petua kempiskan perut, 3.petua kuruskan badan, 4.petua hilangkan jerawat, 5.petua awet muda

Sebenarnya, banyak lagi petua yang orang di luar sana ingin tahu tetapi masih tidak yakin dengan petua-petua orang lama dan kebanyakkannya ingin kesan yang pantas. Akhirnya mereka hanya mengamalkan hanya separuh jalan kemudian berhenti kerana tidak menampakkan kesannya.

Sebelum ini saya ada menulis mengenai kegunaan kayu beluru/akar sintok yang banyak digunakan oleh masyarakat negeri Kelantan bagi menyuburkan rambut, membersihkan kepala dan menjadi penawar kepada mereka yang mengalami gatal kulit. Tumbuhan ini merupakan salah satu petua yang telah diamalkan sejak dari dahulu lagi dan telah banyak digunakan oleh pengusaha SPA.

petua-tradisional2

Mungkin anda diluar sana masih mengamalkan, apa-apa petua yang diwarisi oleh orang tua-tua dahulu. Atau anda pernah juga melihat ibu bapa anda ada mengamalkannya di kampung-kampung tetapi tidak diamalkan oleh anda disebabkan anda tinggal di Bandar.
Di harap anda boleh kongsikan apa-apa jenis petua tidak kiralah untuk kecantikan, merawat penyakit, merawat wanita bersalin dan sebagainya.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :30445

30 thoughts on “Petua Tradisional

  1. Petua Tradisional…

    Biji manjakani (manjakani bukan sejenis buah kan?) ….

    Parutkan biji manjakani dan larutkan dengan sedikit air. Sapukan pada bahagian yang terluka di dalam mulut atau ulser. Lakukan 2 x sehari. Insyaallah jika tahap baru tergigit dengan gigi ia tidak akan menjadi ulser & jika disapu pada ulser akan cepat sembuh….

  2. Petua Tradisional…

    Isi kunyit

    Parut isi kunyit dan campurkan dengan air. Sapukan pada bahagian yang bengkak atau jerawat. Sebenarnya jika mengikut kajian saintifiknya kunyit ini adalah ‘anti-inflammation’ iaitu boleh meredakan bengkak.

    Saya secara peribadi suka menggunakan kunyit sebagai ramuan dalam memasak. Dengan harapan jika ada luka2 di dalam yg tidak diketahui akan sembuh & tidak melarat menjadi penyakit yang serius. Mencegah sudah tentu lebih baik dari mengubat.

  3. cuci buah pinggang:
    daun parsley bersihkan dan rebus. dh mengelegak ambil airnya shj simpan. minum sblum tidur hari2. pagi kencing akn pekat krn buah pinggang tlh dibrsihkan.

    cirit-birit:
    tanak nasi guna api dapur. bl tutp periuk dh menari ambil air nasi tu suamkan dan mnum.

  4. kurangkan panas badan:
    ambil beberapa helai daun bunga raya, ramas dlm semangkuk air, sapukan air tersebut seluruh badan dari kepala hingga kaki. ulang beberapa kali apabila air tersebut kering.
    sesuai juga d gunakan utk hilangkan parut akibat cacar air/ chicken pop.

  5. Saya berminat dengan petua2 diatas,adakah apa2 petua yang ada untuk mengurangkan kekerapan buang air kecil.

  6. Kalau anda mahu mencari petua berkaitan seksualiti lelaki dan perempuan (khas untuk pasangan yang ada hubungan sah dan halal di sisi Islam), anda boleh dapatkan buku bertajuk PERMATA YANG HILANG. Di dalamnya terkandung antaranya petua-petua berkaitan hubungan kelamin (untuk kebahgiaan rumah tangga) dan juga teknik-teknik yang kita sendiri tidak pernah terfikir. Maafkan saya jika maklumat ini lari dari tajuk.

  7. Boleh anda tunjukaan gambar daun pasley bagi tujuan mencuci buah pinggang sepertimana yang di maksudkan . Saya tidak pernah mendengar dan milihat tumbuhan tersebut . Dimanakah kita boleh perolehi ? atau nama saintifiknya .

  8. Mengurangkan kandungan gula dalam darah:
    Rebus daun pokok sesudu kemudian minum air nya. Amalkan dua atau tiga kali seminggu. Insya Allah akan menurunkan kandungan gula dalam darah. Harap dapat membantu penghidap kencing manis.

  9. asSalam, .. petua/cara mengatasi masaalah >> saya copy dari posting netlog saya:

    #buang batu dlm hempedu
    http://en.netlog.com/pak_choo/blog/blogid=2068049
    >> saya telah cuba dgn jaya

    #masaalah diabetes
    http://en.netlog.com/pak_choo/blog/blogid=2984573

    #demam denggi
    http://en.netlog.com/pak_choo/blog/blogid=3144463
    >> sop ketam juga terbukti utk rawatan demam denggi

    #terapi utk sakit kepala dan keletihan
    http://en.netlog.com/pak_choo/blog/blogid=3188309

    #terapi utk saluran darah yg tersumbat
    http://en.netlog.com/pak_choo/blog/blogid=3689289

    … *** sebahagian artikel yg dlm bahasa Inggeris ***

    selamat mencuba ..

  10. Petua Lembap kan kulit muka.

    Isi Pisang di parut, sapukan seluruh muka, selepas 10 minit bilas, kalo kerap amalkan anda sendiri rasa perbezaannya.

  11. Sakit gigi pd waktu malam amatlh menyakitkn. Nk gi klinik, klinik tk bukak. So, bolehlah amalkan petua ini.
    Kemam bunga cengkih pd bahagian gigi yg sakit. Gigit-gigit le sikit supaya air cengkih tu meresap kt bhgn gigi yg sakit. Jangan ambil terlalu banyak, boleh menyebabkan pelipis mulut pecah. Ambil satu kuntum pd satu masa. Insyallah kurang le sakit tu dan bertahan hingga keesokkan harinya.

  12. Pada pandangan saya semua petua adalah baik jika di
    amalkan.saya juga ada mengamalkan beberapa kaedah yang dikatakan petua.Yang penting sekali untuk kawan2 diluar sana dimana kita kena ubah cara hidup seharian kita.Banyak di ketahui sekarang ini semua makanan yang kita ambil mengandungi racun. Saya rasa tiada petua yang dapat menandingi toksid ciptaan manusia.
    Makan dan minum tiada masa ketika. Paras kolestrol tak ambil tahu,tinggi atau rendah. BMI tak tau nak kira.
    MAAF SENANDAINYA TERSINGGUNG. RENONG2KAN LAH..

  13. @zabidah zamri – petua kurangkan kekerapan buang air kecil dapat diatasi dengan minum air rebusan kulit kayu manis. adakala petua/herba yang lain seperti kerap/lebih amal herba misai kucing atau mengidap penyakit kencing manis pun boleh jadi puncanya.

  14. Tak dinapikan Petua top 5 tu memanglah yang paling popular. Disini pun saya turunkan petua untuk kecantikan: Petua hilangkan parut ; jika kebetulan anda membakar hujung kayu, tiba-tiba keluar buih dari pangkalnya (bahagian Yang tak terbakar) coleklah buih tu sapukan pada mana-mana parut yang hodoh tu, InsyaAllah ada perubahan jika dibuat berulang kali.

  15. Petua ini mmg jadi amalan saya.Betul2 mujarab dgn izin Allah.Jika ada terjadi bengkak krn nak jadi bisul,biji sawan,bengkak susu(lepas bersalin),atau bengkak di bahagian buah dada, ambilkan sarang angkut2(yg selalu ada di dinding rumah, bancuh dgn asam jawa (biar pekat), selawat nabi 3x kemudian sapu dibhg bengkak tersebut. Insya Allah…jika masih baru dlm 3 hari ianya akan sembuh.
    Mencegah lebih baik drp berubat.

  16. Saya telah terbaca dlm sebuah buku agama ttg amalan selawat Syifa.Jika dibaca 3x pd segelas air setiap mlm sebelum tidur dan minum…insya Allah tidak akan terkena penyakit berbahaya spt darah tinggi dn kencing manis/kanser.Alhamdulillah mmg benar. Jagalah pemakanan.makan yg halal buatannya dan disiplin diri. masak sendiri lebih baik dr makan di kedai atau beli ready made.

  17. petua bagus untuk orang yang baru melahirkan. kandungan zat besinya yang banyak membuat daya tahan tubuh baik dan mempercepat pembentukan sel darah merah. petua ini banyak dikonsumsi masyarakat di desa sebagai petua tradisional.
    tx

  18. assalamualaikum. suatu tropik yang menarik.PETUA.
    1.untuk menjaga berat badan supaya tidak obes mudah je, bangun pagi sebelum subuh mandi dahulu dan lepas subuh jangan sambung tidor.
    2.mandi basahkan anggota sebelah bawah dahulu dan perlahan2 bawa ke bahagian atas untuk ketahanan badan
    3.makan jangan berulamkan air, sebaiknya air diminum selang setengah jam lepas makan. petua ni lebih untuk pelajar untuk elakkan payah terima pelajaran.
    4.masa buang air besar jangan meludah.tuala diketap dan tutup kepala dan juga jangan tengok najis .khasiat ni untuk awet muda dan ketahanan gigi.
    5.jangan tidur atau baring selepas makan dan banyak lagi petua yang memang terbukti baik dari segi sains

  19. Salam,
    Disini saya berikan petua sekiranya anak2 anda batuk yang susah sangat nak hilang dah makan ubat tp masih lagi tak baik baik. Ambil sebiji buah Lemon lalu perahkan untuk diambil jusnya lalu diberi minum kepada anak anak yang batuknya susah nak hilang. Insyaallah batuk itu akan segera hilang.

    Satu lagi petua, bila ada orang yg kena serangan jantung ambilkan buah Limau Nipis lalu diperahkan jusnya lalu diberi minum kepada sesiapa yg berkenaan. Insyaallah sempat sebelum di bawa ke hospital,

  20. Jika ubat batuk tak berkesan.Petik dan Kunyah daun pokok jarum tujuh bilah utk meredakan batuk dan kerongkong . Saya amalkan dari daun pokoknya yg bewarna oren . Awas masa memetik agar tak tertusuk jarumnya. Tk

  21. @razi – diabetis dah ada ubat semulajadi dalam diri kita cuma mahu atau tidak amal. senaman/gerakan terutama pada kaki, banyak berjalan/jogging dan juga urut tapak kaki.edaran darah lancar supaya kandungan gula dalam badan setabil.satu lagi makan daun semambu muda agak dalam 3 atau 4 helai setiap hari juga dapat kawal kandungan gula badan. awas jangan overdose daunnya,. tidak disyorkan pada yang mengandung.

  22. petua brain tumor

    saya dapat maklumat ini dari seorang rakan yang pernah mencubanya , beliau pernah pengsan akibat sakit tersebut. Petuanya ialah ambil daun tujuh jarum dan pucuk betik /betik rambai. dengan kadar sama banyak . kedua daun ini di blend dengan secawan air masak . jus ini di minum dua kali sehari dan dalam masa 2 minggu i.a tumor tersebut senmakin berkurangan. boleh cuba . i.a

  23. Petua utk kurangkn kepanasan di kepala juga lebat n hitamkan rambut. Campurkan daun bunga raya putih, lidah buaya, buah pala, bunga telang, inai, daun limau purut, limau nipis dan daun pandan dimesin halus. Lumurkn pd rambut dgn minyak kelapa atau zaitun dan slps tu sapukan bhn2 tersebut di kepala, perapkan dgn tuala suam atau stim selama 1/2 jam. Insyaallah kalau selalu diamalkn rambut akan lembut bersinar dan lmbt beruban dan tidak akan sakit kepala. Ada sesiapa tahu petua nak hilangkan jeragat? Sy byk menanam pokok2 herba di keliling rmh n nak tahu macamana nak elakkan dr serangan serangga perosak secara semulajadi.

  24. Alhamdulillah banyak maklumat yang diperolehi dari kawan-kawan di sini. Saya ada petua untuk ubat kencing manis untuk En. Razi. Ambil sebiji buah epal hijau bersama tujuh biji kacang buncis muda, blend bersama air dan minum setiap hari. Kalau dah ok, buat selang sehari.

  25. petuah dari hamba, ada sedikit yaitu jika anda selalu sering pilek atau meriang cobalah parutkan kunyit kira-kira satu buah kemudian berilah satu sendok madu, aduk sampai rata, kemudian diamkan sebentar barulah minumkan keanak, insya allah akan sembuh, bila perlu ulangi sampai beberapa kali.

  26. Daun Jambu Batu.

    Pucuk jambu batu yang muda, cuci dan tumbuk sehingga halus, tuang air suam dan minum. Kegunaan, melegakan sakit perut dan ceret beret akibat salah makan.

  27. Akum ada sesiapa yg boleh bagi petua bagaimana nak kurangkan atau keluarkan cecair dalam kepala bayi yang masih dalam kandungan

  28. Petua nak tahu kita terkena santau atau tidak:
    ambil sebiji limau nipis,sebelum tidur perah air limau nipis kedalam mulut,lepas terus tidur,kalau ada gangguan semasa tidur bermakna kita terkena santau,kalau tak ada alhamdulillah kira tak ada la tu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam