January 21, 2025

kayu-beluru

Beluru? Mendengar namanya sahaja, mungkin sebilangan daripada kita akan mengerut dahi kerana tidak pernah mendengar perkataan tersebut. Namun, bagi mereka yang biasa berkunjung ke Pasar Siti Khadijah, Kota Bahru, Kelantan, mungkin ada terpandang longgokan kayu kering di sisi peniaga yang bersimpuh menanti pelanggan. Itulah kayu beluru, syampu dan perapi zaman silam, yang turut dijadikan penyegar badan.

Sebenarnya, lama juga saya tidak ke Pasar Siti Khadijah. Minggu lalu, saya sempat singgah ke  sana untuk meninjau hasil-hasil jualan di sana.  Mungkin dahulu saya tidak perasan mengenai kayu-kayu tersebut. Kali ini sempat juga saya bertanya mengenai khasiat dan kegunaannya. Katanya, beluru yang diperah dengan limau purut dapat menyuburkan rambut, membersihkan kepala dan menjadi penawar kepada mereka yang mengalami gatal kulit. Biasanya , batang kayu beluru yang segar dikerat pendek dan dijual pada harga RM1 sebatang. Biasanya ia sudah dijemur kering. Saya sempat beli sedikit untuk dicuba.

Khasiat kayu beluru sebagai ramuan ubat tradisional yang selama ini hanya diketahui oleh orang tua-tua kini semakin dikenali di kalangan wanita muda khususnya di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Mengikut rujukan, pelanggan yang datang membeli beluru bukan hanya di kalangan bidan kampung dan warga tua, tetapi kini ia mula mendapat permintaan untuk digunakan dalam aspek penjagaan kecantikan dan kesihatan termasuk di spa Q.

limau

Gambar limau di atas ini pun saya ambil semasa di Pasar Siti Khatijah. Ada juga saya tanya kepada makcik yang jual limau tersebut tetapi dah lupa pula namanya. Limau yang kecil tu dah tentu limau purut.. yang besar tu memang macam limau nipis tetapi saya tidak pasti kerana di sana ada nama panggilannya tersendiri.. Saya harap anda yang berasal dari sana dapat kongsikan mengenai limau ini..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :30067

12 thoughts on “Kayu Beluru di Pasar Siti Khadijah

  1. Salam…

    Kat tempat sy dikenali sebagai sintok….UUM kat Sintok tu,sempena nama sintok ni la kot.Inya sejenis akar besar yang hidup memanjat pada pokok2 lain contohnya pokok getah….Dolu2 inilah syampu nenek moyang kita….sental kt kepala hingga berbuih…

    Buah limau tu,kalo x silap saya limau kerat lintang kot.Dipanggil begitu kerana buahnya akan dipotong secara melintang untuk mendapatkan jus.Seakan limau nipis tapi baunya agak kuat dan membuka selera…TQ

  2. salam…
    memang betul org kelantan panggil limau kerat lintang sebab kalau kerat biasa mcm limau nipis, jusnya tak keluar banyak..tapi baunya memang memikat..ditambah plak diperah dalam budu….pergh!! memang sedap!!!

  3. Salam.

    Biasanya orang kampung panggil akar beluru/sintok atau sesetengah tempat di panggil akar kapang (kalau tak silap saya begitulah sebutannya).

    Tumbuhan ini dalam keluarga Leguminosae, jenis memanjat dan biasa dilihat di pinggir hutan dan tepi sungai. Nama saintifik tak berapa pasti tapi kalau tak silap Entada Rheedi Spring. Bunga berwarna hijau dan buahnya menyerupai petai (besar dan leper). Tumbuhan ini jenis beracun terutama di bahagian batang dan bijinya (buahnya).

    Tok Bidan kampung pada kebiasaannya menggunakan akar beluru ini untuk kegunaan wanita lepas bersalin, menyegarkan dan mengharumkan badan, memulih semangat dan ubat cuci di bahagian sulit wanita (minta maaf ya). Akar kayu ini biasanya direbus dan diminum sedikit atau dicampur dengan beberapa jenis herba kayu untuk mandian. Kalau tak salah pada pemahaman saya akar ini juga boleh digunakan untuk masalah sifilis, ubat terkena gigitan serangga dan ubat sembelit.

    Kalau salah minta tolong perbetulkan ya. Takut nanti orang tersalah guna baru kes naya namanya. Sila beri tunjuk ajar kepada saya sebagai orang baru.

    Terima kasih.

  4. disebelah utara kayu ni dipanggil “akar sintok”. kalau direndam mmg banyak buihnya. sebab tu ia adalah salah satu bahan untuk dibuat mandi mayat

  5. masa kecik2 dulu, bila balik kg saya selalu guna beluru ni sbg syampu. tp yg seronok tu sblm dpt syampu kena ketuk2 akar beluru dulu dan rendam dlm air bersama limau purut pastu gosok hingga berbuih. mmg harum dan menyegarkan.

  6. best teringat dulu mak saya syampoo kan kepala dengan akar beluru tu. first kene ketuk akar tu biar keluar buih dan dicampur limau purut tu.
    yang limau dlm gambar tu ialah limau kerat lintang atau juga dikenali limau kia. kalau balik ke kb, sure beli byk2 bw balik kl sbb kat kl susah nak cari. makan ngan budu..perghh..

  7. saya adalah pengeluar kerepek daun-daun yg berkhasiat, antaranya yg ada dlm pasaran sekarang ialah kerepek daun kaduk, sesiapa yg ada idea lg berkaitan daun yg berkhasiat tlg maklum kpd saya di talian 019-5717324 atau email asjsheikh@yahoo.com.my.
    Saya juga sangat2 berhajat nak dapat info berkaitan sejenis hidupan yg dikenali sebagai” MUT-MUT”
    Air mut-mut daPAT MENGUBATI BANYAK JENIS PENYAKIT. Harap maklum.

  8. limau besar tu dipanggil limau kerat lintang @ asam kiya…limau nih lg sedap peroh dlm budu bnding limau nipis..ado aroma yg best..wak air asam utk ikan bakar @ perut lembu rebus pun sgt best….

  9. Limau yang besar tu bukan limau gedang ke atau limau kapas kerana banyak bahagian dalamnya yang rupa kapas putih gebu dan lembut macam kapas nak sebut ape ye dah lupe pulak .”Gedang ” maksudnya besar bagi orang Minang atau dagang di Selangor , betulkan saya kalau saya salah ok.

  10. Akar sintok memang banyak buih dan digunakan bersama air daun bidara untuk mandi jenazah kalau tak de sabun.Dulu-dulu mana ade sabun air akar sintok lah dengan daun pokok bidara dan daun inai digunakan betul tak?

  11. Assalamualaikum..salam sejahtera..kami nak beli online akar sintok tu..boleh tak.. buat brubatan..yang berkenaan sila tampil untuk siasatan..memudah kan urusan jual beli dari pihak kami..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam