October 12, 2024

Nanas bukan sahaja sedap dimakan segar tetapi boleh juga dijadikan produk sampingan iaitu jem. Jem Nanas disediakan dari buah nanas yang sesuai kematangannya dengan mendidihkannya bersama gula dan bahan tambahan yang dibenarkan sehingga ianya menjadi likat dan kemudian akan beku (set) apabila disejukkan.

Aspek penting yang periu diberi perhatian adalah pemilihan buah nanas untuk rnembuat jem. Nanas yang dipilih mestilah cukup masak, Nanas yang masih muda mengandungi banyak asid dan ini boleh menjejaskan mutu jem. Nanas yang terlalu masak juga tidak sesuai digunakan kerana ia mengandungi air yang banyak di samping mempunyai,warma yang kurang menarik.

Antara kaedah penyediaan Jem Nanas ialah….
Pektin perlu digaulkan dengan gula sebelum dicampurkan ke dalam kawah yang mengandungi isi nanas yang telah dipanaskan. Masukkan campuran tersebut sedikit demi sedikit untuk mengelakkannya daripada berketul.Kemudian campuran ini dikacau sehingga hampir pekat.Setelah itu asid sitrik dicampurkan dan dikacau terus sehingga sebati. Setelah masak, jem perlu dibotolkan semasa ia masih panas lagi. Botol-botol yang telah diisi perlulah ditutup rapat dengan serta merta bagi mengelakkan pencemaran bakteria.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :12520

2 thoughts on “Jem Nanas

  1. Parut sebiji nanas yang tidak muda dan tidak masak sangat. Parut dengan empulurnya sekali. Campurkan dengan 1 cawan gula. Masak dalam kuali atas api sederhana hingga kering airnya. Sedap dibuat inti tart. Mudah saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam