October 6, 2024

nanas-josa2

Buah Nanas memang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Namun, tidak semua orang mengenali jenis-jenis nanas yang terdapat di pasaran. Nanas Josapine merupakan salah satu nanas yang popular di pasaran kerana rasanya yang manis.  Nanas JOSAPINE merupakan varieti yang dihasilkan dari agensi penyelidikan MARDI.  Berasaskan sistem pemilihan, nanas ini dikenali sebagai A25-34, tetapi nama komersilnya ialah Josapine, iaitu singkatan nama hasil kacukan nanas Johor (induk betina), Sarawak (debunga) dan ‘Pineapple‘ (bahasa Inggeris untuk nanas).

nanas-josa22

Penulis sempat memantau Harga jualan nanas Josapine di Pasar Borong Selangor. Harga buah ini mencecah sehingga RM2.60 sen sebiji gred A (1.2-1.5 kg)  , RM1.90 gred B dan RM1.30 bagi gred C. Buah Gred C kebiasaanya kurang dari 1kg. Di Pasar Tani Putrajaya pula, nanas jenis ini berharga RM3,00 sebiji.

Isi buah bewarna kuning keemasan dengan tekstur yang rangup dan kering. Rasanya manis (TSS 16-17%) dengan kandungan asid yang seimbang. Kulit buah muda yang berwarna ungu gelap akan berubah menjadi merah jingga apabila masak. Rasa buah menjadi lebih manis apabila ia masak atau kulit sepenuhnya bertukar warna kuning.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :16620

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam