March 28, 2024

daun_salam

Siapa biasa makan daun salam? Daun salam mempunyai khasiat perubatan yang baik iaitu dipercayai dapat merawat kencing manis, darah tinggi dan kencing manis. Caranya ialah dengan meminum air rebusan daun tersebut.

Selain itu, daun salam juga digunakan dalam masakan bagi menambahkan kelazatan dalam makanan.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :35272

30 thoughts on “Daun Salam

  1. daun salam juga dikenali sbg daun serai kayu (kelantan). Digunakan sgb ulam-ulaman dlm nasi kerabu dan dicampur bersama didlm kerabu perut

  2. nazurawani yusof – wahhhhh very good info ni:)

    xthu plak selama den makan pucuk bay-leaf (daun salam) rupanya…best pucuk daun nih..nyum…nyum…..nyum…

  3. Juga dalam bentuk yang dah dikeringkan, ada dijual di kedai mamak/rempah untuk dimasukkan ke dalam masakan kari/gulai.

  4. Bagi yang tertanya2 rupa & rasa daun salam ni & tggal kt KL & kawasan yg sewaktu dengannya,pokok ni ada sebatang yg besar & tinggi kt Taman Warisan Puterajaya tuh…! Lokasi pokok ni tepi tangga sebelah kiri medan selera penanggah(tangga yg bila naik je jumpa pokok ciku tu…..

  5. copy & paste from ms.wikipedia.org/wiki/pokok salam

    Pokok salam merupakan sejenis pokok tropika yang biasa ditemui tumbuh liar. Ia boleh mencapai ketinggian hingga 90 kaki. Namun ketinggian yang biasa dijumpai ialah 60 kaki. Ia mepunyai dahan yang merimbun dan dan berbentuk ringkas. Bunganya berwarna merah jambu dan mempunyai bau yang wangi. Buahnya kecil seperti buah beri, berwarna merah yang akan bertukar menjadi coklat apabila matang sepenuhnya. Daunnya yang kering berbau wangi dan mempunyai rasa yang sedikit masam. Ia biasa digunakan sebagai rempah dalam masakan Indonesia terutamanya masakan daging. Ia dikatakan akan menghasilkan aroma yang lebih kuat selepas digoreng atau dipanaskan.

    Kandungan kimia utama bagi tumbuhan ini ialah : euginol, citral, tanin , flavanoid dan metachavicol. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.

    Perubatan herba menggunakan daun salam untuk mengubat penyakit seperti kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi. Bahagian yang digunakan termasuklah daun, akar, kulit batang dan buahnya. Untuk diabetis melitus dan tekanan darah tinggi, caranya 20 helai daun salam direbus bersama tiga gelas air hingga menjadi satu gelas. Air ini diminum dua kali sehari sebelum makan pagi dan malam. Untuk mengubat cirit birit, daunnya direbus dan disejukkan sebelum dicampur dengan sedikit garam sebelum diminum. Akar dan kulit batang salam boleh digunakan untuk mengubat kudis dengan cara ditumbuk hingga halus dan ditampal pada bahagian yang terlibat sebelum dibalut. Setengah pendapat juga mengatakan daun salam juga boleh digunakan untuk menurunkan kolestrol dengan cara merebus daunnya dan diminum airnya 3 kali sehari.

  6. Salam.

    Saya sedang mencari pokok salam untuk ditanam. Saya perlukan pokok tersebut kerana ingin mengubati isteri saya yang lumpuh. Oleh itu saya harap kawan-kawan dapat memberi info dimana saya boleh dapatkan benih atau pokok nya.

    Terima kasih
    Nasir
    012-4602318

  7. Saya simpan beberapa pokok salam(serai kayu?) dikebun saya di hulu langat. kalau en nasir masih memerlukannya, boleh email kat saya..saya boleh sedekahkan.

  8. x pasti adakah pkk serai kayu ni adlh pkk daun salam. kalau di kg. sexy, pkk serai kayu byk tmboh d belukar tepi sawah/ tepi jln. buahny bulat putih sebesar hujung kelingking, masam2 manis tp sedap. daunny pahit2 tp lemak n sedap dbuat ulam. ianya pelengkap nasi kerabu.

  9. saya mencari pokok ni. siapa boleh beritahu saya kat mana boleh dapat. tk.

  10. Memang benar serai kayu adalah pokok salam.. dan pokok salam adalah serai kayu 🙂

  11. pokok salam kat umah saya kena serang ulat (ulat yang berbulu dan gatal kalau terkena kulit). Pokok pun dah kekuningan macam nak mati, camner nak buat ek? Ada sapa2 leh bagi petua atau apa-apa racun serangga yang boleh digunakan?

  12. gie,
    cuba amalkan petua ni,
    ambil halia agak2 dlm 5 cm+ 1 labu bwg putih + cili boh + daun mambu. blender semua bahan, tapiskan airnya tambahkan air untuk dicukupkan 500ml. masukkan air ke dlm bekas penyembur (spt penyembur febreez tu) dan semburkan pd pokok setiap 2 mggu sekali. insyaallah ulat tu akn lari sebab tak tahan bau bahan2 tu.

  13. Puan Rosnah, terima kasih atas tip tu, saya nak cuba sebab kat rumah sy mmg ada tanam pokok ni, kami cantas setiap kali dia naik tinggi, jiran2 ramai yang ambil daun ni untuk masuk dalam kari daging. Kami selalu petik pucuk muda buat ulam @ kerabu.

    Pokok Serai Kayu kat rumah saya sekarang diancam serangga yg mana kat kulit batang pokok tu ada bintik2 putih. Satuhari tu saya cuba kuis2 dan terdapat kumbang seakan2 kutu dan berwarna putih.

    Saya takut pokok saya mati sebab pokok ni hadiah tut dari arwah bapa mertua saya di kelantan.

  14. serai kayu juga dikenali sabagai daun salam,boleh dibuat ulam dan juga dikenali sebagai Bay leaf.Dikawasan taman perumahan.Bandar Bukit Mahkota ,Bangi,memang ditanam dengan pokok ini disepanjang jalan

  15. Hi, nk tanya, daun ni kalo di kawasan KL, atau Cheras, mana blh dpt daun ni, nk pakai buat masak. thank you byk2!!!

  16. salam, daun salam nie boleh di gantikan dgn daun pandan utk masak nasi lemak, saya dah cuba dan rasanya mmg sedap dan berbeza, kalo di indonesia timur, mereka masak nasi lemak dgn mengunakan daun salam nie. wsalam

  17. urgent…shopping mane ade jual daun salam nie??? sush nya nk cr…..sy nk guna untuk eksperiment…sy dr upm…nk cr shopping yg berdekatan…….alamanda, the mines, mid valley pun x de…puas cr…tlong saya!!!! =(

  18. boleh tahu x pokok daun salam ni boleh membesar tinggi ke….sy mempunyai keluasan taman yang terhad…sy teringin nk tanam pokok ni…

  19. Alhamdulillah.Allah tumbuhkan di halaman rumah saya pokok ini .saya belum cuba lagi takut tersilap.batangnya merah.

  20. salam ade tak yg jual bay leaf kering harga borong..?sy nak ambil banyak dalam 1-5 kg kot… sesiapa ade info.. mohon email sy. sy area kuantan kalau ade yg berdekatan atau area pantai timur pun boleh gak rohmah.fauzia@gmail.com

  21. Salam saya tinggal kawasan Sungai Petani ada sapa2 area Kedah or PP ada jual benih pokok ni . Jazakallah

  22. Salam Admin, admin jual ke daun Laurel/bay? saya keliru antara pokok salam dengan pokok serai kayu. Adakah keduanya adalah tanaman herba yang sama? susah nk cari laurel/ bay (Italian herbs). Dimana ada benih Laurel di malaysia?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam