November 7, 2024
 

Tidak syak lagi bahawa tumbuhan adalah merupakan rahmat Allah s.w.t yang tidak ternilai kepada manusia. Bukan sahaja sebagai bahan makanan sehari – hari, bahkan untuk kegunaan berbagai bidang kehidupan mereka. Termasuklah bidang perubatan, menyembuh dan membasmi berbagai jenis penyakit.

Sejak dari zaman purba manusia primitif yang hidup disesuatu bahagian mukabumi ini, mungkin sudah dapat mengenali segala jenis tumbuhan yang terdapat di sekitar kawasan kediaman mereka. Mereka sudah dapat memastikan dan membezakan diantara tumbuhan yang boleh dimakan dengan tumbuhan yang mengandungi racun yang boleh memudaratkan.

Mereka juga memerhatikan dan mengambil tahu akan jenis tumbuhan yang lazim dimakan oleh binatang peliharaan seperti kucing. Terutama apabila melihat binatang itu tidak sihat. Maka mereka dapat pula pengetahuan mengenali jenis tumbuh – tumbuhan yang berkhasiat. Lalu disesuaikan dengan pengalaman mereka sendiri untuk dijadikan bahan perubatan. Demikianlah manusia sejak zaman berzaman sudah mempunyai kesanggupan mengubat, menyembuhkan berbagai jenis penyakit dengan menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan.

Khasiat beberapa jenis tumbuh – tumbuhan tertentu yang pada mulanya hanya diketahui oleh kaum peribumi setempat itu sahaja, rupa – rupanya telah membawa rahmat kepada umat manusia serta dunia, sama ada untuk menyembuhkan penyakit tertentu ataupun dalam sesuatu bidang perubatan. Misalnya, pokok chichona, yang berasal dari Peru itu, setelah diproses oleh pakar – pakar perubatan moden telah menghasilkan quinine, ubat mujarab untuk menyembuhkan penyakit malaria. Daun – daun dari pokok koka, setelah diproses mengasilkan kokain, iaitu ubat pelali atau bius. Sementara opium yang diproses dari bunga popi, menjadi bahan ubatan untuk mengubati beberapa jenis penyakit dan tidak terkecuali dalam perubatan Melayu tradisional.

Menyentuh perkara tumbuhan sebagai bahan ubat – ubatan ini, maka kepulauan Melayu ini bolehlah disifatkan sebagai gedung ubat yang amat besar. Segenap hutan belukar, bukit bakau, lembah, paya, sawah, padang, kampung dusun, bahkan di kawasan kediaman sendiri terdapat tumbuhan yang berbagai jenisnya. Oleh yang demikian seperti juga peribumi di bahagian – bahagian lain di muka bumi ini, orang Melayu sudah mengetahui akan khasiat tumbuh – tumbuhan yang terdapat di sekitar mereka. Maka dari pengetahuan inilah terbitnya gelaran – gelaran dukun, bomoh, pawang dan sebagainya.

Kebiasaannya cara ubatan tradisional Melayu menggunakan beberapa jenis tumbuh – tumbuhan herba dalam merawat sesuatu jenis penyakit. Dimana tumbuh – tumbuhan herba ini akan dicampurkan bersama – sama mengikut cara – cara yang tertentu. Sama ada dengan cara memasak kesemua tumbuhan tersebut ataupun dengan mengilingnya dan berbagai cara lagi. Diantara contoh – contohnya adalah seperti di sebelah :

  • PENYAKIT KEPIALU

Ambil biji sesawi, akar kawi, jerangau bonglai, temu putih, daun rembega dan daun kebas bendang. Giling sehingga lumat dan campurkan dengan air. Kemudian lumurkan pada seluruh badan ataupun boeh juga diminum.

  • Demam panas

Ambil gelang sambar dara, setawar, pucuk lancung, adas manis,bunga pulasan, putik bebaru, bawang putih, bawang merah, mesui dan pinag muda. Kesemua bahan ini ditumbuk sehingga lumat dan dicampurkan dengan air, kemudian minum.

  • Muntah

Ambil buah pala dan bawang putih sebiji lalu dimakan dengan sakar.

  • Sakit Kepala

Ambil daun pegaga, kapur barus dan sendawa. Giling sehingga lumat dan tempelkan di kepala yang sakit itu.

  • Kayap

Ambil daun cucuran atap, daun kedondong dan daun lada pahit. Giling dan kemudian sapu.

  • Panau

Ambil cendana dan tuba tikus, asah dengan air limau nipis. Bubuhkan pada tempat panau itu.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png

Number of View :11521

5 thoughts on “BAGAIMANA TUMBUHAN HERBA DIJADIKAN SEBAGAI UBAT

  1. saya ingin tahu semua jenis herba yang ada di asia ternggera terutamanya di malaysia. In kerana saya berminat dan ingin mendelamkan pengatuhan saya di dalam bidang in untuk saya memberi tahu pada anak cucu saya betapa pentingnya herba asli di bandingkan ubat-ubatan yg di peroses.

  2. Pokok herba yang ada perlulah dikawal dan di beri perlindungan supaya tidak di exploit oleh pihak luar. Sama sama kita menjaga hasil bumi kita.

  3. lebih baik kita amalkan makan herba sebagai ulam supaya sihat dan awet muda.herba utk wanita bersalin tel 013 4141579

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam