April 20, 2025

Apa Itu Akar?

Akar merupakan struktur penting tanaman yang selalunya tumbuh di bawah tanah. Akar berperanan penting dalam menstabilkan tanaman dan menyerap sumber-sumber dari tanah. Struktur asas akar terdiri daripada epidermis, tudung akar, rambut akar, korteks, dan bundel vaskular.

Akar memainkan peranan kritikal dalam kesinambungan hidup hampir semua tanaman. Ia berfungsi sebagai pengikat tanaman di tempatnya dan membantu menyerap air dan mineral dari tanah. Akar juga membantu tanaman bertahan dalam cuaca sejuk musim sejuk dan keadaan alam sekitar yang ekstrem lain dengan menyimpan air, nutrien dan karbohidrat.

Bahagian Akar

Epidermis ialah lapisan sel luar yang melindungi akar. Ia berfungsi seperti kulit akar dan membolehkan pergerakan air dan nutrien dari luar ke dalam akar. Selain itu, ia juga membolehkan oksigen memasuki akar, yang penting untuk pernafasan.

Korteks dan bundel vaskular merupakan bahagian dalam akar. Fungsi utama korteks adalah untuk mengalirkan molekul antara epidermis dan xilem dan floem. Manakala xilem bertugas membawa air dan nutrien dari tanah ke semua bahagian tanaman, dan floem membawa mineral, protein, gula dan hasil fotosintat lain dari bahagian atas tanaman ke akar.

Rambut akar yang berbentuk seperti rambut halus berwarna putih ini melakukan sebahagian besar penyerapan air dan nutrien. Rambut akar ini merupakan sambungan dari epidermis akar. Kebanyakan daripada rambut akar ini terbentuk di hampir hujung akar dan hanya bertahan selama beberapa minggu.

Tudung Akar (Root Cap)

Tudung akar melindungi hujung akar yang baru dan sensitif dari kerosakan dan jangkitan semasa akar memanjang dan menerobos tanah. Tudung akar ini terdiri daripada beberapa lapisan sel dalam formasi kubah yang melindungi hujung akar.

Bagaimana Akar Bertambah Panjang?

Akar bertambah panjang dengan menambah panjang pada hujungnya. Proses ini melibatkan empat bahagian utama dalam hujung akar: tudung akar, meristem akar, zon pemanjangan, dan zon pematangan (maturation). Akar tumbuh dengan memanfaatkan lubang yang sedia ada yang dibuat oleh haiwan seperti cacing tanah dan akar yang telah reput.

Jenis-Jenis Akar: Memahami Sistem Akar Tumbuhan

Terdapat empat jenis utama akar yang dikenali, iaitu akar serabut, akar tunjang, akar umbi, dan akar adventif (fibrous roots, taproots, tuberous roots and adventitious roots.)Tumbuhan boleh menggunakan kombinasi dari jenis-jenis ini untuk memaksimakan pertumbuhan, kelangsungan hidup, dan pembiakan.

Akar serabut (fibrous roots) terdiri daripada akar-akar yang halus dan bercabang, membentuk rangkaian yang padat dekat permukaan tanah. Semua akar ini mempunyai panjang dan ketebalan yang hampir sama. Sistem akar serabut mempunyai luas permukaan yang tinggi, membolehkan tumbuhan menyerap banyak air dengan cepat dan sangat berkesan dalam menstabilkan tumbuhan serta mencegah hakisan tanah.

Akar tunjang (taproots) pula dicirikan oleh akar utama yang tebal dan menembusi ke dalam tanah. Akar sekunder yang lebih halus akan berkembang di sepanjang akar tunjang. Akar ini juga berfungsi sebagai simpanan makanan yang baik.

Kesimpulannya, pemahaman tentang akar akan membantu anda menjaga tanaman anda dengan lebih baik. Selain itu, pengetahuan asas tentang akar juga penting bagi mereka yang berminat dalam bidang hortikultur dan pertanian.

Rujukan : Plant Science for Gardeners: essentials for growing better plants (2022)

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :995

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam