Bila disebut tentang bawang, sudah tentu setiap suri rumah mengenalinya. Bawang merah merupakan salah satu tanaman sayuran yang menjadi menu utama ramuan hampir pada semua jenis masakan sebagai penyedap rasa. Bawang merah atau nama sainsnya Allium cepa berasal dari famili Alliaceae merupakan sejenis tumbuhan yang menyimpan beribu rahsia perubatan. Bawang dipercayai mula-mula ditemui di Asia Tengah, iaitu dari Iran hingga ke Pakistan. Sejak itu ia dibawa oleh pedagang-pedagang ke seluruh rantau yang dijelajahi. Pada zaman Roman, hanya orang miskin sahaja yang menggunakan bawang sebagai bahan masakan. Bawang mula popular apabila Raja Poland Stanisiaus mengahwinkan anaknya dengan Raja Louis 15 dari Perancis. Merekalah yang mula-mula mencipta French Onion Soup. Sejak itu orang mula suka makan bawang.
Bawang merah juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan yang telah diakui oleh pakar perubatan seluruh dunia. Bawang merupakan sejenis herba yang digunakan dalam Ayurveda (seni perbatan orang india) untuk mengubati pelbagai penyakit. Bahan galian (Allicin) yang terkandung dalam bawang mempunyai khasiat yang tinggi khususnya dalam mengubati penyakit. Jusnya berkesan dalam mengatasi masalah gangguan kitaran haid dan menyembuhkan penyakit cirit-birit yang dihadapi oleh kaum wanita yang baru bersalin. Jus bawang juga dapat melegakan batu-batuk , sakit gigi dan sakit telinga . Ia juga merupakan cara tradisional yang digunakan oleh masyarakat kampung untuk merawat tibi. Selain itu ia juga dapat mengatasi masalah jerawat , sekiranya menyapukan bawang yang telah dihancurkan pada bahagian muka setiap hari. Mengunyah bawang mentah selama 3 minit dikatakan mampu membunuh segala bakteria di dalam mulut. Sejauh mana keberkesanannya saya sendiri tidak pasti.
Number of View :11412