Jenis Makanan Penurun Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi banyak dihidapi pada ramai di kalangan kita. Bagi yang belum mengalaminya ada cara untuk mencegah ia dari berlaku dengan mengamalkan beberapa jenis sumber makanan. Buat lain yang sudah berpenyakit darah tinggi amalkannya juga makanan ini untuk menurunkan kadar tekanan.

Bayam
Bayam merupakan sumber magnesium yang sangat baik. la melindungi anda daripada penyakit jantung, tetapi juga dapat mengurangi tekanan darah. Selain itu, kandungan folat di dalam bayam dapat melindungi tubuh dari homosistein yang menghasilkan bahan kimia berbahaya. Penyelidikan menunjukkan bahawa kadar tinggi asid amino dapat menyebabkan serangan jantung dan strok.

Biji bunga matahari
Ramai yang mengenalinya sebagai kuaci. Kandungan magnesiumnya amat tinggi dan kuaci mengandungi pitosterol yang dapat mengurangi kadar kolesterol dalam tubuh. Kolesterol tinggi merupakan penyebab tekanan darah tingi kerana dapat menyebabkan penyumbatan pembuluh darah. Pastikan anda makan kuaci segar yang tidak ditambah garam atau diproses terlebih dahulu.

Kacang- kacangan
Kacang-kacangan seperti kacang tanah, badam dan kacang merah mengandungi magnesium dan potassium. Khasiat ini diketahui cukup efektif menurunkan tekanan darah tinggi.

Pisang
Buah ini bukan sahaja menawarkan rasa lazat tetapi juga membuat tekanan darah lebih sihat. Pisang mengandungi kalium dan serat yang tinggi yang bermanfaat mencegah penyakit jantung. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa sebiji pisang sehari cukup untuk membantu mencegah tekanan darah tinggi.

Kacang soya

Memang banyak manfaatnya mengambil kacang soya untuk kesihatan tubuh. Salah satunya adalah membantu menurunkan kolesterol jahat dan tekanan darah tinggi, Kandungan isoflavonnya memang sangat bermanfaat bagi kesihatan.

Kentang
Nutrisi dari kentang sering hilang kerana cara memasaknya yang tidak sihat. Walhal, kandungan mineral serat dan potassium di dalam kentang amat tinggi dan baik untuk menstabilkan darah.

Sumber : Mingguan Wanita ( Januari, 2013)

Number of View :960

5 jenis buah untuk kulit lebih berseri

Artikel kali ini dipetik dari sebuah laman The Times Of India mengenai 5 jenis buah-buahan yang berkhasiat yang mampu memberikan kesan positif pada tahap kesihatan anda. Yang paling menarik untuk kaum wanita, dengan pengambilan buah-buahan ini juga mampu membuatkan kulit anda lebih cantik dan berseri. Antara buah-buahan yang dimaksudkan ialah:

pisang

1. Pisang
Kelebihan pisang adalah mudah diperolehi di negara kita. Namun pasti ada yang masih tidak tahu akan khasiat pisang. Buah pisang mempunyai khasiatnya yang tersendiri di mana ia membunyai sumber zat besi, magnesium dan kalium yang menjadikan tubuh menjadi lebih sihat. Selain itu, buah pisang juga boleh mengurungkan masalah senggugut. Selain rasanya yang sedap, pisang kaya dengan vitamin A, B and E. Oleh yang demikian, buah pisang akan menjadi anti penuaan yang membolehkan kulit anda menjadi lebih halus dan berseri.

2. Lemon
Jus Lemon merupakan ramuan penting yang digunakan dalam kebanyakan resipi di India. Namun, Lemon juga boleh diperolehi di kedai yang berhampran di negara kita. Khasiat Lemon adalah ia mengandungi Vitamin C yang berfungsi menjaga kulit anda untuk menjadi lebih cantik. Selain itu, anda boleh mengambil segelas air dicampur dengan madu dan sedikit jus limau pada setiap pagi kerana ia boleh membersihkan kulit. Oleh yang demikian kulit akan menjadi lebih segar dan sihat.

limau

3. Oren
Seperti yang kita ketahui, buah oren juga kaya dengan vitamin C kerana kemampuannya untuk memulihkan tekstur kulit manusia. Cara-cara nya adalah dengan menggosokkan bahagian dalam oren pada kulit anda untuk menyuburkan kulit anda. Selain itu, oren juga boleh dikeringkan menjadi tepung dimana ia boleh digunakan sebagai penyuci semulajadi. Di samping itu, oren juga memulihkan masalah kulit yang ketara.

4. Betik
Kelebihan buah betik adalah ia kaya dengan anti oksidan dan mengandungi enzim khas di mana ia mampu memunuh sel-sel mati dan menulihkan kekotoran yang ada pada kulit manusia. Caranya adalah membuat segelas susu betik atau menggunakan isi betik yang disapukan pada kulit anda. Kesannya, ia akan membuatkan kulit anda lebih cantik daripada yang sebelumnya.

mangga

5. Mangga
Buah mangga juga memberikan manfaat kepada kesihatan manusia kerana mengandungi pelbagai khasiat. Buah mangga memberikan kesan yang positif kepada kulit manusia di mana buah tersebut kaya dengan vitamin A dan juga mengandungi anti oksida. Oleh yang demikian, buah mangga mampu melawan penuaan kulit serta mengembalikan keanjalan kulit.

Number of View :9023

Pisang Kekalkan Kecergasan

Satu cara untuk mengekalkan kecergasan sepanjang bulan puasa lalah dengan mengambil makanan yang betul pada waktu sahur. Jika anda tidak berselera untuk makan nasi pada waktu sahur, anda sebenarnya boleh menggantikannya dengan pisang dan susu. Hanya ambil dua biji pisang dan susu atau milo sudah memadai bagi memberi tenaga sepanjang hari. Ini kerana tenaga yang terkandung dalam sebiji pisang menyamai dengan sepinggan nasi.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :2401

Pisang

Pisang dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Ianya dikenali di negara-negara tropika seantero dunia akibat dari perkembangan aktiviti perdagangan. Pisang mula diperkenalkan oleh saudagar-saudagar Arab di Afrika Timur. Pada tahun 1402, ianya telah dibawa ke Kepulauan Canary oleh orang-orang Portugis. Manakala bangsa Sepanyol memperkenalkan pisang ke Mexico sekitar tahun 1531 dan ke Benua Eropah Barat serta Amerika Utara pada tahun 1866.

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis pisang, dari sebesar-besar pisang seperti pisang Tanduk hinggalah sekecil-kecil pisang seperti pisang Emas. Terdapat lebih dari 14 jenis pisang yang boleh ditemui dan ditanam di sini. Dalam istilah sainsnya, pisang tergolong dalam Order Zingerberalis, iaitu kumpulan keluarga Musaceae dan genus Musa. Genus Musa boleh dibahagikan kepada dua kumpulan; Eumusa iaitu kumpulan yang boleh dimakan dan Phusocaulis, yang tidak boleh dimakan.

Antara jenis-jenis pisang yang terdapat di tanahair kita adalah seperti:

Pisang Embun

Pisang ini juga dikenali sebagai pisang Bunga. Pisang ini berbentuk panjang, pada peringkat permulaannya ianya berwarna hijau dan kemudian berubah menjadi warna kuning pucat. Ianya berkulit tebal dan senang dikupas. Satu tandan pisang Embun yang besar, beratnya boleh menjangkau antara 15 hingga 35 kilogram. Setiap tandan pula mempunyai 7 hingga 9 sikat dengan bilangan 100 hingga 200 biji buah pisang. Manakala setiap sikat pula mengandungi 14 hingga 15 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini berukuran 15 hingga 20 sentimeter dan lebarnya 4 sentimeter . Ketinggian pokok pisang jenis ini ialah kira-kira 5 meter .

Pisang Emas

Saiz buah pisang ini adalah kecil tetapi rasanya lazat berbanding dengan pisang jenis lain. Apabila ianya ranum, buah serta isinya berwarna kuning keemasan . Buah pisang ini mudah lebam dan bertukar menjadi kehitaman. Setiap tandan mempunyai berat antara 7 hingga 9 kilogram, 6 hingga 7 sikat dengan bilangan 100 hingga 150 biji buah pisang. Panjang buah pisang ini bersaiz 9.0 sentimeter dan lebarnya ialah 3.5 sentimeter. Pokok pisang Emas adalah kecil sahaja.

Pisang Rastali

Buah pisang ini bersaiz sederhana. Kulitnya berwarna kuning dan agak kasar. Terdapat bintik-bintik hitam dan coklat di atas permukaan kulitnya serta ianya mudah dikupas. Isinya pula berwarna putih atau krim pucat. Setiap tandan mempunyai berat kira-kira 10 kilogram, 7 hingga 8 sikat dengan bilangan 90 hingga 100 biji buah pisang . Manakala setiap sikat mengandungi 10 hingga 14 biji buah pisang. Panjang buah pisang Rastali ialah kira-kira 12.0 sentimeter dan lebarnya berukuran 3.7 sentimeter.

Terdapat pelbagai jenis pisang yang tumbuh subur di negara kita selain dari tiga jenis pisang yang telah diterangkan. Ianya adalah seperti pisang Berangan, pisang Masak Hijau, pisang Nipah, pisang Raja, pisang Tanduk, pisang Awak dan tidak ketinggalan juga pisang Raja Udang yang dipercayai tidak boleh dimakan. Satu lagi jenis pisang yang kurang dikenali ramai iaitu pisang Kaki. Pisang ini unik kerana bentuknya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buahnya berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea.

p/s : saya akan cuba cari gambar pisang tersebut pada masa akan datang !

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :5501

Penyakit Moko pada pisang

Simptom/Tanda :

  1. Tisu vaskular menjadi perang atau kehitaman
  2. Terdapat ooze bakteria apabila batang/ rhizom pokok pisang dipotong
  3. Buah hitam dan reput
  4. Buah pisang masak tidak seragam.

Pengurusan bersepadu adalah penting untuk mengawal penyakit moko pisang. Langkah-langkah kawalan adalah seperti berikut:

  • Laksanakan amalan pertanian baik dan pengurusan ladang yang baik.
  • Musnahkan segera pokok yang dijangkiti dan pokok-pokok berdekatan dalam lingkungan 5 – 10 meter diameter.
  • Basmikuman semua peralatan ladang dengan larutan formaldehye 10 %.
  • Lakukan pemantauan ladang dan pengesanan awal kejadian serangan penyakit .
  • Kuarantinkan kawasan serangan- Kawasan yang diserang akan dibiarkan rang (fallowing) selama 18 – 24 bulan untuk mengurangkan inokulum bakteria dalam tanah dan dipagarkan sekeliling kawasan serangan untuk mencegah jangkitan patogen ke kawasan /pokok yang berhampiran.

Sumber : Jabatan Pertanian

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :5836