Tahukah anda !! Satu cara untuk mengekalkan kecergasan sepanjang bulan puasa lalah dengan mengambil makanan yang betul pada waktu sahur. Jika anda tidak berselera untuk makan nasi pada waktu sahur, anda sebenarnya boleh menggantikannya dengan pisang dan susu. Hanya ambil dua biji pisang dan susu atau milo sudah memadai bagi memberi tenaga sepanjang hari. Ini kerana tenaga yang terkandung dalam sebiji pisang menyamai dengan sepinggan nasi.
Number of View :6139
oh.. belum puasa lagi..
tapi ok gak kalau diamalkan sekarang..
boleh jimat duit.. hehe..
hehehe.. betul gak tu…
memang betul. Cuba perhati pemain tennis. Waktu dia break. Pisang lah makanannya. Sebab dia membekal tenaga dengan cepat.
Kandungan pisang tu sendiri kaya dengan karbohidrat dan mineral…tok nenek saya pernah cerita dorang masa zaman jepun selain ubi-ubian,pisang juga menjadi makanan penyambung hayat.bayi yang kecik tu pun disuap pisang bakar yang dilenyek…mana nak cari nestum..!
..Kalau tengok dokumentari,orang Afrika jadikan pisang tua yang direbus dan ditumbuk sebagai makanan asasi….sesekali apa kata kita rebus pisang &ajak budak-budak makan untuk mengimbau kenangan dan menghargai nikmat rezeki yang kita kecapi….
Pisang masak makan dengan emping bubuh kelapa parut(bagi orang2 Pahang) huh cukup sedap. tak caya cuba try.
Pisang yang mempunyai banyak biji didalamnya, pernahkah anda lihat? dan pandaikah anda menjadikannya juadah yang menyelerakan? Orang Kelate ada butiran tentangnya. Mereka ada resepi menjadikan pisang ini boleh dimakan.