Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibasmi dalam amalan pertanian diladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.
Pokok senduduk telah digunakan secara yang meluas dalam perubatan tradisional di beberapa negara. Antara khasiat pokok senduduk ialah digunakan merawat luka luar dan dalaman. Ianya turut juga digunakan oleh golongan wanita yang baru bersalin untuk mempercepatkan proses penyembuhan rahim. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit.
Pucuk senduduk juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit keputihan. Kaedahnya bagi merawat penyakit tersebut adalah menggunakan air rebusan daun senduduk dangan sedikit gula dan halia. Air rebusan tadi boleh diminum untuk merawat lendir dan keputihan yang keluar dari virgina.
Sejauh mana amalan ini dilakukan pada masa kini, saya sendiri tidak pasti. Sila rujuk pada mereka yang lebih mahir.

Salam,
bole saya tau, dimana nak dapatkan senduduk putih ni. Saudara ada
pokok senduduk putih ini ke.? saya ingin nak beli dan tanam di rumah.
Saya pun dah lama nak beli benih
senduduk putih, tolong email saya
info macammana nak beli benih senduduk
putih. saya amat berharap anda contact
saya dengan segera. Terima kasih
salam,boleh saya tahu bagaimana nak dapatkan benih bunga keduduk?trima kasih…..
Sekiranya anda luka terkena mata pisau atau benda benda tajam,dan utk menghentikan darah yg keluar,kita boleh gunakan daun senduduk tadi. Dengan mengambil berapa helai daun dan kunyah hingga lumat dan letakan pada bahagian yg luka tadi,mudah mudahan darah tadi akan berhenti.
Nyiur gading sudah berbuah,
Senduduk tidak berbunga lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
huhuhu……
habitat??
mcm maner nak cari habitat senduduk nih??
saudara saya ada mengusahakan penanaman pokok ini secara kecil-kecilan di samping memasarkan minyak dan bunga senduduk kering yang boleh dibuat minum untuk mendapatkan 1001 khasiat dan mencegah/merawat penyakit di dalam badan.Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi saya 019-4256711 (Juliana) untuk maklumat lanjut.
~Juliana
saya ada soalan mengenai pokok senduduk..sesiapa yang tahu saya mengharapkan sangat balas…
1) adakah pokok senduduk ni ada bunga dan pelbagai warna? seperti putih,pink,purple dan biru?
2) bolehkah pokok senduduk ni di tanam dalam pasu?
3) cara tanam gunakan apa? benih? batang? atau lain-lain?
4) tanah yang macam mana boleh tanam?….sebab pokok mcm2 jenis, ada yang boleh kat tanah bukit(tanah liat), ada yang kena tanah yang sentiasa lembab, dan pulak ada kena tanah gambut….
Salam dimana saya boleh beli pokok senduduk putih di PJ atau di kl
pokok senduduk ini selain berwarna yang biasa kita nampak,ada juga berwarna lain, tetapi jenis ini hanya sesuai di kawasan sejuk seperti diCameron Highlands atau ia mungkin jenis yang sama kerana faktor cuaca dan suhu menyebabkan bunganya berwarna unggu gelap. pokok ini dianggap rumpai dikawasan ladang tetapi ia adalah antara tanaman terbaik untuk mengawal hakisan tanah dikawasan bercerun , selain itu pokok ini juga ada keistmewaan nya tersendiri, ingat tak ubatan china pil mencegah dari sakit perut -carit (poh chai Pil)diperbuat dari tanaman in.
salam . siapa yg berminat nak dapatkan anak benih senduduk putih hubungi sy 0197811811 (area johor bahru)
Your comment is awaiting moderation.
Hi, saya seorang pelajar di universiti dan saya hendak cari senduduk ungu dan putih dari Semenanjung Malaysia untuk penyelidikan saya. Saya perlu tumbuhan yang masih hidup dan berbunga. Sebab saya dari Johor, saya perlu poslaju untuk menghantar senduduk kepada saya. Jika sesiapa hendak menjual senduduk ungu dan putih, sila email saya kwkee19@hotmail.com dan menyatakan negeri anda.
Salam… Dimana saya boleh dapatkan/beli bunga senduduk biru