Untuk menghilangkan rasa hanyir ikan keli atau ikan-ikan air tawar sila gunakan pucuk-pucuk atau daun senduduk. Daun-daun tersebut diramas-ramaskan bersama potongan ikan yang telah disiang atau dibersihkan. Gunakan bekas yang telah disiskan sedikit air dan bubuh potongan ikan tersebut dan masukkan sejumlah daun-daun atau pucuk-pucuk senduduk dan ramas-ramas bersama potongan ikan sehingga lendir-lendir ikan dapat di keluarkan. Bilas potongan ikan tersebut dan kita akan dapati potongan ikan menjadi besih dan tidak berbau.
Sewaktu berkerja dikebun kadang-kadang kita mengalami kemalangan seperti luka yang disebabkan alat-alat seperti pisau atau parang. Jika luka tidak begitu parah (kecil)sapukan atau tutup luka tersebut dengan daun atau pucuk muda senduduk yang telah dikunyah dan menjadi lembut serta basah bersama air liur. Inshaallah darah akan berhenti.
Selain itu, kunyahan pucuk muda senduduk ini juga dapat menahan kesakitan yang disebabkab oleh sengatan ikan keli apabila ianya dilumurkan keatas tempat yang disengat.
Kiriman E-Mel: rudinarianto @ hotmail.com
Number of View :12494
senduduk putih sukar dijumpai. Dikatakan mempunyai keistimewaan tersendiri? betul ke
Daun senduduk juga juga sesuai dijadikan pembersih kulit kerang. Daunnya yg separa-kesat apabila diramas bersama kulit kerang yg hendak dibersihkan boleh memutihkannya.
biasa digunakan untuk wanita 0122594984 untuk pertanyaan
selain daripada khasiat yang biasa diketahui akar sen duduk amat baik untuk merawat wanita yang mengalami masalah keputihan yang yang serius