December 8, 2024

Kiriman Email dari seseorang yg bertanyakan mengenai spesis rumput yg diketahui namanya …. katanya…

Saya Kee Rukiah Yusof seorang peladang kecil dan peternak kambing yang menetap di Kampung Sungai Imam Tawau. Saya berkelulusan Diploma Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1982 yang agak lampau dan lama, dan pernah berkhidmat sebagai pengajar Agronomi dan Perlindungan Tumbuhan di Institut Pertanian Sabah selama beberapa tahun selepas tamat pengajian dari UPM. Dan saya mempunyai minat dan boleh mengenalpasti serba sedikit mengenai tumbuhan atau serangga yang ada kaitan dengan pertanian kerana di UPM agro-botany dan Entomology adalah subjek wajib.

rumput

Saya sertakan beberapa gambar sejenis rumput makanan ternakan yang tidak saya ketahui namanya.
Punca rumput ini diperolehi dari sebuah stesyen Peternakan haiwan di Penampang Sabah tetapi saya sudah difahamkan bahawa penyelia stesyen tersebut juga tidak mengetahui nama sebenar rumput ini. Saya sudah juga merujuk kepada beberapa rakan yang bertugas di Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Peternakan namun belum ada jawapan juga.

rumput

Lai daun rumput ini lembut dan boleh mencapai lebih 40cm panjang sekiranya diberi pembajaan nitrogen serta cukup air terutama musim hujan. Selama lebih setahun saya menanam rumput ini saya perhatikan tidak ada satu tanda pun yang rumput ini akan mengeluarkan bunga. Inilah yang menyukarkan pengecaman kerana rumput ini tidak ada bunga langsung. Atau berkemungkinan juga rumput ini dibawa masuk dari kawasan sub-tropika atau temperate di mana jangka siang yang berbeza dari jangka siang kita di Malaysia mempunyai pengaruh bagi pengeluaran bunga. Ini cuma andaian saya sahaja mungkin tidak tepat. Rumput ini cepat membiak dan sangat galak berumpun sehinggakan akar rizomnya terkeluar dari permukaan tanah.

rumput

Setakat ini saya tidak membenarkan kambing saya untuk meragut terus rumput ini kerana struktur pertumbuhannya yang lebih cenderung mengeluarkan akar di permukaan tanah menyebabkan rumpunnya tidak kukuk dan mudah tercabut. Untuk memberi makan kepada kambing kami akan mengerat bahagian daunnya .  Saya perhatikan semasa musim banyak hujan rumput ini mudah tumbuh semula sepanjang 3cm dalam sehari lebih lebih lagi pada tanah yang subur dan diberi pembajaan elemen nitrogen dari Sulphate of Ammonia (21%N). Rumput ini amat sesuai untuk melatih anak-anak kambing untuk makan rumput semasa proses cerai susu.

Lai daun panjang, tirus dan lunak. Tulang daun tidak begitu ketara dan lembut juga. Lebar daun yang segar dan sihat boleh mencapai 1.6cm saja tapi panjangnya boleh mencecah 40cm. Akar muda berwarna putih. Tunas vegetatif mudah dipisahkan/dipatahkan untuk penanaman semula.

rumput

Saya difahamkan oleh seorang penyelia stesyen ternakan bahawa rumput ini tidak tahan pada kawasan air bertakung walaupun ia memerlukan banyak air untuk membiak.
Sifat daunnya yang lembut dan lunak menyebabkan ia gemar diserang oleh anak-anak belalang yang sedang mengalami metamorfosis tahap 2 dan 3.

Di sini saya berharap sangat-sangat sekiranya Encik Fazlisyam dan rakan-rakan  dapat mengenalpasti nama rumput ini dan kalau boleh juga mengenalpasti ciri-ciri habitatnya yang sebenar. Sekiranya memerlukan lebih banyak gambar secara detail sila beritahu dan saya akan mengusahakannya. Dan jika perlu specimen sebenar tumbuhan saya akan usahakan cara bagaimana untuk menghantarnya tanpa menimbulkan masalah dengan rakan rakan saya yang bertugas di Plant Quarantine di Kota Kinabalu.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :17630

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam