Pokok Turi

pokok-turi

Pokok turi atau nama saintifiknya sebagai Sesbania grandiflora berasal dari keluarga Leguminosae.  Tumbuhan ini juga dikenali sebagai Geti di negeri-negeri di bahagian utara seperti di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Ia sejenis sayur kampung yang enak rasanya. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis.

Pokok turi banyak ditemui di kampung-kampung dan tumbuh setinggi lima sehingga 10 meter. Ia mengeluarkan bunga berwarna merah atau putih dan kekacang sepanjang 25-50 sentimeter. Pokok turi bernilai tinggi dari segi perubatan tradisional. Kulit pokoknya ditumbuk halus dan digunakan untuk berkumur bagi merawat penyakit ulser dalam mulut. Kulit pokok turi juga boleh direbus dan airnya diminum untuk mengubati sakit perut dan cirit birit. Ia juga boleh diminum untuk melegakan masalah asid di bahagian perut.
pokok-turi2
Pokok turi ini sebenarnya pokok serbaguna yang mempunyai banyak kelebihan. Dari akar hinggalah ke pucuk, semuanya boleh dimanfaatkan. Ia digolongkan dalam keluarga kekacang. Pada akarnya terdapat bintil-bintil besar yang dapat mengikat nitrogen di udara dan dikatakan dapat meningkatkan mutu tanah.

Anda biasa guna daun turi ini dalam masakan? Di harap boleh kongsi resepi anda atau pengalaman anda menggunakan daun turi di sini. Mungkin ada petua yang anda ingin kongsikan mengenai tumbuhan ini.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :27825