May 22, 2024

bunga-jambu-batu

Bunga jambu batu berwarna putih dan keluar dari ketiak-ketiak daun. Kebiasaannya terdapat hanya sekuntum bunga pada setiap ketiak daun; akan tetapi kadang kala terdapat sejambak bunga yang terdiri daripada dua atau tiga kuntum bunga. Bunga jambu batu mempunyai 4 – 6 salut bunga yang berbulu dan 4-5 kelopak bunga yang berwarna putih. Stigmanya berwarna kuning kehijauan dan didapati lebih tinggi daripada stamen.

bunga2-jambu-batu

Menurut rujukan, air rebusan dari kudup bunga boleh diminum untuk rawatan cirit birit dan menghentikan pendarahan.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :11542

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam