Pokok Bakong atau juga disebut sebagai pokok Tembaga Suasa (Crinum Asiaticum L.) merupakan sejenis pokok herba yang mempunyai taburan tanaman semulajadi seluruh negara Asia. Ia ditanam dengan menggunakan biji ataupun dengan memisahkan bahagian bebawangnya daripada pokok induk. Daun Bakong tumbuh memanjang, bunganya keluar jambak berwarna putih dan berbau wangi pada waktu malam.
Pokok ini memang cantik dan banyak dijadikan hiasan di taman-taman kerana sifat daunnya yang lebar merimbun. Ia boleh tumbuh di tempat yang terdedah kepada cahaya matahari atau di bawah teduhan.
Dari segi khasiat perubatan, ia dipercayai mampu merangsang muntah, mengubati luka, demam panas, sakit sendi dan meredakan tangisan budak.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :36319