Pokok Pepijat atau nama saintifiknya Elettariopsis curtisii merupakan sejenis pokok herba yang tergolong dalam famili Zingiberaceae. Tumbuhan lain yang termasuk dalam famili ini adalah seperti kunyit ( Curcuma longa ) dan halia ( Zingiber officinale ). Kebiasaannya, tumbuhan di dalam famili Zingiberaceae mempunyai rizom atau umbisi yang boleh digunakan samada dalam perubatan herba atau dalam masakan.
Tidak seperti daun halia dan kunyit, daun pokok Pepijat mempunyai aroma yang kurang menyenangkan. Mungkin sebab itu, nama pokok ini disebut pepijat, iaitu sejenis serangga yang mempunyai bau yang busuk.
Dari segi khasiat perubatan, tumbuhan ini dikatakan sesuai untuk wanita lepas bersalin. Daunnya dijadikan pembalut tungku dan ramuan mandian semasa dalam pantang.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Hi boleh bantu saya tak apa jenis tumbuhan yang boleh menghalau pepijat di bilik?