March 28, 2024

pokok-capa2

DALAM perubatan dan rawatan tradisional, pelbagai jenis herba digunakan oleh ibu-ibu lepas bersalin untuk menyegarkan badan dan memulihkan kesihatan mereka.Herba-herba tersebut selalunya disediakan sama ada untuk diminum, disapu, dipupuk ataupun dijadikan ramuan air mandian, bersalai dan bertungku.

Bersalai ialah proses mengasapkan ibu-ibu lepas bersalin. Pada masa lalu, mereka berbaring pada para yang dipasang di atas unggun api berasap sama ada di dalam atau di luar rumah.Di sesetengah tempat, bersalai juga dipanggil bertungku.Tetapi memandangkan proses itu agak rumit, kebanyakan wanita kini lebih selesa bersalai di atas dapur atau periuk terpakai.Caranya ialah dengan memakai kain menyelubungi tubuh manakala satu dapur mengandungi bara membakar daun-daun herba di atasnya diletakkan di celah kaki.

Di samping menitikberatkan penjagaan pemakanan, pergerakan dan aktiviti harian ibu-ibu lepas bersalin begitu mengharapkan khasiat daripada pengambilan herba.Ini termasuklah untuk menyembuhkan luka-luka, mengubati sengal-sengal sendi dan otot, menghilangkan lemak perut dan mengekal serta mencantikkan bentuk badan.

Memang telah terbukti bahawa mereka yang mengamalkan perubatan, rawatan dan kaedah penjagaan kesihatan berasaskan herba selepas bersalin sembuh lebih awal.Hanya dalam tempoh tujuh hingga 14 hari selepas bersalin, mereka sudah boleh melakukan aktiviti harian dengan selesa dan bertenaga tanpa bimbang risiko bentan.

Satu lagi herba yang selalu digunakan oleh ibu-ibu lepas bersalin iaitu pokok SEMBUNG.Herba dengan nama saintifiknya Blumea balsamifera dari keluarga compositae ini turut dikenali sebagai SUBONG, TELINGA KERBAU dan CEPA.

Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, daun sembung digunakan untuk mandian dan juga bersalai.Bagi kegunaan ramuan air mandian, daun-daun sembung direbus bersama-sama daun herba yang lain.Air rebusan itu lebih berkhasiat menyegarkan badan dan menjaga kesihatan sekiranya digunakan ketika masih panas atau suam.Bagi kegunaan bersalai, sebaik-baiknya daun-daun sembung dikeringkan terlebih dahulu sebelum dibakar.

Selain itu, tegas beliau, ibu-ibu lepas bersalin perlu memastikan tiada bunga pokok sembung digunakan dalam pembakaran ketika bersalai.Ini kerana asap daripada pembakaran bunga sembung yang melekat di seluruh badan akan menyebabkan kegatalan seluruh badan.Daun yang telah dilayurkan pada api dan disapu minyak kelapa boleh mengubati sakit perut dan membuang angin dengan menampalkannya dengan kain di perut.Bagi sakit demam, daun sembung perlu direbus dan airnya diminum perlahan-lahan dua kali sehari.Untuk luka dan bisul, daunnya ditumbuk dan ditampal di tempat luka mahupun di keliling bisul untuk menghentikan pengaliran darah ataupun memecahkan bisul.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :17625

3 thoughts on “Pokok Sembung

  1. salam tuan..nk bertanyer..
    daun@atas daun pokok sembung ney,bleh x digunakan sebagai ramuah dalam teh utk pesakit migrain?
    please reply a.s.a.p..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam