Kantan atau nama saintifiknya Etlingera elatior (syn: Phaeomeria speciosa) tergolong dalam famili Zingiberaceae. Sama famili seperti lengkuas dan halia. Ia ialah sejenis tanaman ulam tradisional Melayu. Ia dipercayai berasal dari Malaysia dan didapati tumbuh meliar di kawasan tanah yang agak lembap. Bahagian utama pokok kantan yang digunakan sebagai ulaman dan perasa di dalam masakan adalah bunganya. Kebelakangan ini tanaman bunga kantan telah diusahakan secara komersil kerana populariti dan nilainya di pasaran yang telah meningkat.
Pokok kantan ialah pokok herba yang tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok-kelompok. Pokok yang matang boleh mencapai ketinggian empat hingga enam meter. Pokok Kantan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah tetapi elakkan menanam di kawasan-kawasan yang menakung air.
Pokok kantan boleh ditanam dengan menggunakan rizom atau biji benih. Penanaman menggunakan rizom adalah lebih popular, kerana ia boleh mengeluarkan hasil dengan lebih cepat berbanding dengan penggunaan biji benih. Sekiranya biji benih kantan digunakan untuk penanaman, pertumbuhannya agak lambat dan akan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan hasil iaitu kira kira 1-2 tahun. Oleh itu, penanaman kantan menggunakan biji benih adalah tidak digalakkan kecuali untuk tujuan pembiakbakaan.
Kegunaan bunga kantan yang paling popular ialah sebagai perasa di dalam penyediaan kuah laksa asam, masak asam dan sebagai ulam nasi kerabu. Bunga kantan yang dicelur boleh dimakan bersama sambal belacan.
Number of View :28475
asalammualaikum..
bro bleh kasi tau kitaorg tak lagi apa kelebihan pokok ni?
10 ekar bunga kantan untuk dijual terus dari ladang.. berminat sila hubungi nombor ini; 0193564774 – fiq
aku nk tnye bunge kantan leh x kalu kite nk wt serbuk?
Op – boleh sangat buat serbuk
Salam sejahtera.
KEpada sesiapa yang mempunyai maklumat penanaman,pengendalian lepas tuai dan pasaran serta pengalaman mahupun gambar komoditi halia, lengkuas, daun sup, daun bawang, tomato ceri sudilah kiranya berkongsi dengan saya.
Bolehlah e-mail ayuni.amani@gmail.com
Saya sedang mengikuti kajian pembangunan gred dan kualiti bagi komoditi tersebut.
Bertujuan meningkatkan penghasilan, pasaran dan ekonomi para petani / usahawan dan negara.
Salam 1 Malaysia.
Sekian terima kasih.
salam. sayajuga berminat untuk menanam pokok kantan ini.Tapi kekurangan tanah,ruamah saya tak sesuai kerna tanah jenis pasir dan hitam. Untuk ketahuan semua harga di pasaran cukup mahal lebih2 lagi bulan puasa ni,hinggakan rm1 sekuntum. Mahu tak mahu jika kita tiada pokok sendiri kena beli gak le… Oleh itu marilah kita sendiri pokok kantan ni yang menjadi keperluan masa nak buat laksa penang dan masak asam ikan sungai…
Bye ucopju@yahoo.com
Besut Trg
saya stdn college community.. baru2 ni saya membuat project serbuk daun kesum & serbuk bunga kantan.. semua berjalan lancar.. pendek kata bunga kantan mmg blh duat serbuk…
adon…. nak tahu lebih lanjut lah mcm mana u punya project serbuk daun kesum dan kantan ini. Boleh cerita tak?. Beri email address atau phone no En Adon ni untuk saya hubungi.
sesiapa mencari bunga kantan boleh hubungi terus sy di 0129066128. hanya kawasan cheras shj…..sebatang 50 sen…tq
camana cara nak tukar bunga kantan jadi pad yang boleh menyerap?
assalam
kpd en YAHYA tlg hubungi sy dgn kadar segera 0129066128
en yahya mempunyai tanah 5 ekar di pahang menanam bunga kantan
juga kpd sesiapa mempunyai bunga kantan lebih 1000 kuntum boleh hubungi sy juga
terima kasih
sy nak cari anak bnih bunga kantan
abang fazil….i nak beli bunga kamtan 70ribu….016-3011661..
saya fazil penanam bunga kantan terbesar di hulu langat, cheras ada membekalkan bunga kantan secara borong mencecah 1000 kuntum seminggu.boleh hubungi terus no 0183879434
kat Malaysia ada ke pokok bunga kantan hitam(black torch ginger)?
Saya sangat berminat utk menanam pokok kantan. Sila hubungi sy 0166609130 kpd sesiapa yg menjual anak pokok atau benih pokok kantan. Terima kasih