Tanaman Peria Bangla

Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia L tergolong dalam famili Cucurbitaceae,  sama famili dengan timun, labu manis dan tembikai wangi. Kebiasaannya tumbuhan dalam famili ini adalah jenis menjalar.

Terdapat beberapa jenis peria yang di tanam di Malaysia. Antaranya ialah Peria Bangladesh. Varieti ini masih lagi baru di tanam di Malaysia kerana diminati oleh rakyat bangladesh yang menetap atau tinggal di Malaysia. Peria jenis ini banyak dijual di pasar khususnya di Pasar Borong Selangor.

Peria jenis ini sangat mudah dikenali kulitnya yang menggerutu.
Nama asal varieti ini disebut Palee dan ada syarikat pengeluar benih yg lain memberi nama BGJ002 (F1 Hybrid)

Berat 5biji peria bersaiz besar mencecah sehingga 2kg. Saya sendiri belum pernah merasai peria jenis ini walaupun pernah membelinya.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :108

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam