Cuti baru-baru ni, saya berkesempatan balik ke kampung di Perak. Walaupun bukan musim buah, tetapi yang menariknya dapat melihat banyak pokok kekabu berbuah lebat di tepi-tepi jalan dan buahnya telah mula pecah mengeluarkan isi kekabu. Di dalam hati terfikir, inilah satu-satunya buah yang tidak boleh dimakan tetapi boleh dibuat teman tidur. Al-maklumlah sahajalah, siapa yang tidak tahu, isi kekabu dibuat bantal atau tilam pada masa dahulu dan masih digunakan sehingga sekarang walaupun kebanyakkan bantal telah menggunakan span.
Daripada rujukan, buahnya mengambil masa 3 bulan untuk masak dari mula berputik. Dari segi perubatan tradisional , daun kekabu yang sudah diramas dan direndam didalam air panas atau direbus,diminum sebagai ubat dipercayai dapat mengubati demam panas, sifilis dan rawatan selepas bersalin. Air rebusan kulit pokok kekabu pula digunakan sebagai ubat penyembuh asma dan demam untuk kanak-kanak.
Pokok Kekabu Buahnya Lebat,
Hendak dikait memang tak larat,
Sakit di badan boleh dirawat,
Sakit di hati bolehkah diubat…?
Saya pun kebetulan minggu lepas menghadiri kursus ESQ di Pulau Pinang, banyak saya nampak pokok kekabu termasuk di belakang kawasan UiTM Pulau Pinang. Cantik sangat sebab semua pokok dipenuhi buah yang dah matang dan nampak putih. Saya hairan kenapa tak ada orang mengambilnya untuk dimanfaatkan. Banyak tempat saya pegi, rata-rata mengatakan bahawa pokok kekabu ada kaitan dengan ‘hantu’, kononnya hantu suka pokok kekabu. Wallahualam.
Satu perkara yang saya nak kongsi, masa anak saya kecil dulu, selalu dapat penyakit bisul. Tumbuh merata-rata, kepala, badan dan termasuk di tepi bibir. Ubat kelinik langsung tak ada kesan. Saya mencuba petua seorang tua, menyuruh saya mengambil duri pokok kekabu (di batang pokok), diasah di tepi lesung bersama sedikit air dan disapu pada bisul sambil membaca selawat 3 kali. Alhamdulillah dengan izin Allah, sampai sekarang anak saya tak kena bisul lagi.
salam
maaf saya mencelah..semoga tak menjadi keslahan.
sebnarnya buah ini juga boleh dimakan.. hahh !!! boleh makan?? betul ker?
semasa saya tinggal di kedah dahulu seusia sek rendah, pernah nenek dan tok wan dan mak sendiri mengajar cara makan buah kabu ni..
dipetik ketika masih mudah jgn terlalu muda nanti tak ada isi .. jgn terlalu tua nanti keras. belah kalu tak silap.. amek isi seakan umbut rasanya mmg kelat2.. cicah dgn air asammm.. tah laa kalu bahaya sudah tentu sakit perut… rrasanya tak pernah sakit… adik2 saya juga merasanya.. serta beberapa org kawan sekmpung…elok di cuba dulu sendiri baru tau apa rasanya..
ya betul…putik kekabu ni boleh dimakan.Semasa saya kecil saya lihat jiran saya orang Kedah mengambil putik kekabu ini dan dicicah dengan cili yang ditumbuk bersama belacan dan dicampur kicap.tapi saya tak maka sebab rasa pellik.
Bantal kekabu lagi bagus dari bantal span atau bulu burung.
perkongsian yang baik… memang tak pernah lagi dengar buah kekabu boleh dimakan…
Beli tebu dari pekan,
Singgah pula beli minyak,
Memang kekabu boleh makan,
Tapi jangan banyak-banyak….
.
Goreng ikan dengan minyak,
Jangan pula dicampur gula,
Kalau makan banyak-banyak,
Takut nanti sakit kepala…..
.
Kalau berakit tepi kuala,
Jangan tetangkap si ikan buntal,
Makan buah kabu memang sakit kepala,
Sebab dh haabis xleh buat bantal…..
.
Hari Krismas hari Natal,
Dapat hadiah berisi tuala,
Kalau dh habis xleh buat bantal,
Tido atas lantai,sakit la kepala…….hahaha
Bantal ada, tilam pun ada,
Kenapa tidur beralaskan tangan,
Sakit kepala ada sebabnya,
Gaji tak cukup setiap bulan…
🙂
Rambut tiada di garu kepala,
Kepala tak sakit dipicit pula,
Kalau dah asyik sakit kepala,
Banyaklah berdoa memohon keampunanNya…
BANTAL KEKABU MEMANG SEDAP BUAT TIDUR TIDAK PANAS DAN GEBU PULAK TU………..
KEKABU YANG SIAP DIBUANG KULIT,BIJI DAN PULURNYA BERHARGA RM13.00 SEKILO TAU TAK……..
Di kg kak rus ,ada seorang nenek ,kita panggil dia Wan Milan, Pendapatannya dari menjual bantal -bantal yang dibuat dari buah kekabu.u percaya x dari hasil jualan bantal 2 yg dibuat sendiri tu dia dapat membuat sebuah rumah yang agak mewah juga.
sakit dibadan boleh dirawat
sakit dihati bolehkah diubat?
jika kita kuat beribadat
Tiada penyakit tak terubat
Kepada Allah kita bermunajat
Allah pasti memberi fadhilat
Kekabu ada dua spesis,
Pertama-Besar dan panjang,buahnya akan pecah bila matang,lalu kekabunya akan berterbangan jatuh kebawah,putih di persekitaran bagai musim salji.
Kedua-kecil dan pendek-Ia perlu di kait dan pecahkan untuk mengeluarkan ekkabu.Jenis ini pokoknya bersaiz lebih rendah.
Kerana peristiwa bantal terbakar maka ada 2 pohon kekabu di kampung rumah mak saya…bantal yg berisi kekabu terbakar dek kerana ubat nyamuk tu dihumban belakang rumah..sedar tak sedar 2 pokok kekabu membesar di situ.. la ni dah pon berbuah dan mak saya telah mengumpul buah2 tu dibuat bantal…. org tua2 kata pokok tu tempat pontianak bertenggek tp takleh ternampak pon….
lawak giler pantun chah. mau tgolek sexy dbuatny.
ni pantun 2 kerat utk abg fazli (wui! abbang!)
*
gaji tak cukup setiap bulan
jual kerdas tak laku-laku
*
arwah nenek amik upah buat bantal kekabu. berapa sen sgt sbb yg mmbri upah 2 jiran sblh n arwah amik pun sbb dh dbri. plg best tilam kekabu arwah nenek. cekap betul tgn arwah klim bahagian tepi. handmade lg. semingu sekali djemur. lebih selesa drp bantal / tilam span / spring sbb arwah nenek jahit dgn kasih syg… Al Fatihah.
Saya dulu kecik2 slalu kupas buah kekabu dan makan bijinya yg masih muda……..
lagi satu, slalunya ada serangga merah bintik putih suka dok kat buah kekabu..persan tak
# batang kekabu bolih d buat kukus .. kayu nya yg lembut mudah d bentuk dan bahagian luar batang agak keras dari yg dalam/tengah .. kukus d buat dari batang kekabu membolihkan kukusan masak lebih cepat dan rasa kukusan lebih sedap (especially.. pulut)
# jika buat bantal, pastikan semua biji d buang, klu tidak tikus cukup suka tebuk bantal utk dapatkan biji kekabu ..
# bantal dan tilam kekabu kena selalu d jemur utk bagi kekabu tu kembang .. baru bantal dan tilam rasa empuk dan lembut ..
Melihat gambar kekabu,teringat waktu kecil pergi kutip buah kekabu yang sudah matang dengan arwah emak.Pokoknya memang tinggi,jika tidak dipetik angin akan menaburkan kekabu ini disekitar pokok seperti sajli pula.Nak dibuang bijinya bukan kerja senang.Kena ada bekas yang macam tapis supaya bijinya senang keluar.Hidung pula kalau tak ditutup alamatnya susahlah nak bernafas.Begitulah cerita tentang kekabu buat lapik kepala di malam hari.Empuk dan gebu.
Terima kasih pak choo dengan pengkongsian maklumat tersebut.. tak sangka batang kekabu boleh di buat kukus.. mcm2 tips tentang kekabu..
>> kukus d perbuat dari batang kekabu …
sdra Fazlisyam .. klu ada kesempatan, cuba lah cari org yg sanggup buat kukus yg d perbuat dari batang kekabu ini .. d rumah kampung saya masih ada dua biji kukus ini, yg kecil muat satu gantang dan yg besar muat dua gantang .. masih bolih d gunakan, walaupun umur nya berpuluh tahun dah .. klu d lihat kukus yg dah siap nie, simple jer `construction’ nya ..
# batang kekabu d potong dgn panjang yg sesuai
# batang d tebuk tengah, dan dinding kukus d raut/bentuk agak2 tebal satu inci
# dinding kukus d tebuk kira2 8″ dari bawah guna buat para utk menahan barang kukusan .. lantai para bolih d buat dari buluh atau kayu yg sesuai (lubang tebukan dan para lebih mudah berbentuk bulat (cylindrical)
# bahagian kukus sebelah atas (luar) bolih d bentuk supaya senang utk mengangkat (d buat saperti telinga utk d pegang)
>> satu lagi pokok biasa d buat kukus ialah pokok tabak (sebutan tempatan) .. kebetulan pokok ini salah satu specie karas yg bolih mengeluarkan damar gaharu ..
sy nak bertanya..di kuala terengganu dimana ya boleh dapat kekabu untuk dijadikan bantal…
Asalamualaikum..tumpang sekaki..kenangan makan buah kabu Muda cicah air Asam..kini hanya cerita …terlalu lama tidak makan buah kabu Muda…pisang Muda.. .
tau ke kat mana boleh dapatkan daun kekabu ni ya..? nak beli, tapi tak tau kat mana… kot ada jual online pun sanggup beli ni…