October 9, 2024

buah-sentul

Kesempatan pulang ke kampung hari raya yang lalu, saya sempat berkunjung ke rumah makcik saya di Sg. Petani Kedah. Apa yang istimewanya? Saya bertuah kerana dapat  melihat buah sentul yang berbuah dengan lebat sekali. Semasa raya tahun lepas, pokok sentul ini langsung tidak berbunga atau berbuah. Tetapi tahun ini, buahnya lebat sehingga bertaburan di sana sini. Mengikut rujukan saya, pokok buah ini boleh berbuah 2 kali setahun.

buah-sentul2

Pokok sentul ini memang saya kenal sejak dari kecil lagi. Orang sana panggil buah “Stoi”. Buah ni bukan isinya sahaja boleh dimakan tetapi kulit luarnya juga boleh dimakan. Kenalah dibuang kulit luar dahulu kemudian dihiris dan dicicah dengan sambal kicap. Bau buah sentul wangi dan sememangnya boleh membuka selera.

buah-sentul3

Seronok melihat pokok sentul ini mengeluarkan buah yang banyak.  Mungkin lepas ini, pokok ini belum tentu berbuah lagi. Walaupun mengeluarkan buah yang banyak, tetapi sayang, ia terbuang begitu sahaja. Tiada siapa yang mengendahkannya.

buah-sentul4

Kulit buah sentul tebal dan sedikit liat. Kebiasaan buah sentul yang dijumpai di Malaysia adalah bewarna kuning, namun mengikut rujukan, terdapat juga sentul yang bewarna merah yang disebut kecapi. Adakah anda pernah ketemui sentul ini?

buah-sentul5

Jika di tempat anda terdapat pokok ini, diharap dapat kongsikan di sini. Mungkin banyak lagi rahsia buah ini yang orang tidak tahu.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :49654

12 thoughts on “Buah Sentul

  1. semasa kecil di melaka omak dan jiran-jiran tentera pernah masak lemak cencaru campur kulit sentul dihiris2. sodap gak.

  2. terliur tengok buah sentul… sedap dibuat rojak n sayur kolok (sejenis lauk di terengganu).
    baru2 ni ada kawan mengidam makan rojak buah sentul ni… saya pun buatla.

    caranya senang jer…
    – 2kg buah sentul dibuang kulit ari dan dicincang bahagian kulit (tapi jgn sampai bercerai dgn isi dlm), rebuskn seketika dengan sedikit garam. setelah menggegak, toskan.

    – 1 kg ikan selayang direbus, ambil isi dan dikisar. dalam periuk satukan gula melaka + cili boh + sedikit garam + cuka + sedikit belacan + 3 cwn air + gula. bila dah menggelegak dan gula melaka dah cair, masukkan isi ikan yang dikisar tadi. kacau isi ikan sehingga sebati, masukkan buah sentul. padamkan api. biarkan selama 8 jam dan nikmatilah rojak sentul terengganu yang sangat sedap.

  3. Buah sentul sedap jika dibuat aiskrim jeruk sentul. Ada satu jenis lagi buah yg hampir mirip buiah sentul ialah buah Kechapi…ia lebih nipis kulit dia dan rasa manis sikit…dekat kelantan dulu banyak..

  4. SEBELAH UTARA (KG PULAU SIPUTEH,KODIANG,KEDAH) ORANG PANGGIL BUAH SETOI.TELIOK TENGOK BUAH TU DAN TERINGAT MASA KECIK DULU.HE.HE.HE…………

  5. Kalau di Tanah Batak, Sumatera Utara namanya SOTUL. Kok bisa mirip ya namanya? Rasanya agak asam dan sedikit manis.

  6. salam,
    dengar cerita mak mertua, pokok kulit buah sentul ini diasah pada batu dan ditampal pada luka-luka kanser payudara, insyallah makcik tu masih hidup hingga kini. dan payudaranya tak lah kena buang, cuma ada kesan kerepot ajelah. ini sekadar yang saya dengar.

  7. Setakat diketahui ada 2 jenis dalam negara.. Setul dan setel (Setul lebih manis) Kulitnya jenis berbulu seperti buah mentega@seralat. Pokoknya tinggi menawan. Buahnya dikupas nipis kulitnya, dicincang2 ringan dan dicicah dengan sambal belacan kicap (cicah) bersama buah cermai, mangga telur muda yang ditumbuk bersama sambal cicah. Ataupun boleh dijeruk dan disimpan lama…

  8. Buah sentul ni sangat sedap jika di jeruk dengan gula melaka ( nisan). Di Kelantan ianya sangat popular tapi susah nak dapat kerana ia tidak berbuah bermusim seperti buah-buahan lain. Saya telah beli pokok sentul di Greenwood, Gombak dan menanamnya di Bandar Tasik Selatan atas tanah rezab kerajaan. 2 tahun lagi berbuah lah kot.

  9. Dulu di belakang rumah ada jenis yang kulit nipis dan rasanya lebih manis berbanding buah sentul. Kat kampung saya dulu di Terengganu orang panggil buah setial. Buahnya mirip sentul juga tapi kulitnya lebih nipis dan isinya lebih manis berbanding sentul. Cuma susah nak ambil buahnya sebab pokoknya saiz balak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam