December 7, 2024

daun-sabung

Siapa sangka daun yang diikat dengan sebegitu kemas rupa-rupanya daun melinjau yang terkenal di kalangan orang Jawa di Malaysia. Penulis sendiri juga hampir tidak dapat mengenali daun ini disebabkan rupabentuk daunnya yang sedikit berlainan. Daripada rujukan yang telah dibuat di beberapa buah Blog ternyata menunjukkan daun Melinjau adalah sama dengan Daun Sabung yang banyak terdapat di Sarawak.

daun-sabung4

Jadi, pada pandangan penulis, keumungkinan terdapat beberapa varieti atau jenis pokok Melinjau yang terdapat di Malaysia yang tidak diketahui umum kerana kurang kajian terhadapnya.

daun-sabung2

Daun Sabung memang amat digemari oleh masyarakat di Sarawak khususnya kaum Iban. Jadi, tidak hairanlah ia banyak dijual di pasar-pasar tamu di sana. Antara masakan yang digemari ialah daun sabung  direbus bersama dengan ikan sungai,  digoreng bersama ikan bilis, masakan sup ikan salai dan pelbagai jenis lagi resepi. Di Semenanjung, sayur ini lebih popular dimasak air atau gulai lemak putih.

daun-sabung3

Jika anda mempunyai resepi istimewa dari daun Sabung, bolehlah kongsikannya di sini.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :34894

10 thoughts on “Daun Sabung vs Daun Melinjau

  1. salam sdr fazlisyam. Tak sangka daun sabung pun terdapat jugak dalam blog saudara, tahniah. Daun sabung ini memang terkenal sebagai sayuran di sarawak kerana rasanya lebih sedap dari cangkok manis.
    Cuma sayang selalunya penjual menjual daun yang agak tua dan kurang rasa manisnya. Selain daripada daunnya, buahnya pun dibuat sayur juga, biasanya dicampur sekali dengan daunnya semasa memasaknya. Rasa buahnya seakan-akan buah kacang lemak2. Masakan yang selalu daun sabung ini ialah masak tumis ikan bilis.
    Mengenai pokok sabung ini ianya tumbuh liar dalam hutan2 dara di tanah berbukit di sarawak dan juga dalam kebun2 getah tua. Tinggi pokoknya antara 1-3 meter saja. Ada 2 jenis iaitu pokok yang berdaun lebar dan yang berdaun tirus. Yang berdaun lebar kami namakannya sabung betina, yang berdaun tirus kami namakannya sabung lelaki. Rasa bagi kedua-dua jenis sabung ini adalah sama sahaja. Pucuk daun muda dipetik dari hujung dahan biasanya 2 helai saja. Daun yang masih terlalu muda biasanya dibiarkan sj manakala buahnya dipetik sekali walaupun ianya masih muda atau sudah masak. Buah yang masak berwarna merah terang manakala buah belum masak berwarna hijau daun. Pokok sabung berbuah mengikut musim tetapi pengeluaran daun muda sepanjang masa. Ada juga usaha untuk menanam pokok sabung ini di kebun2 tp kurang berjaya kerana pokok ini memerlukan tanah hutan yang kaya dengan nutrient selain memerlukan lindungan yang agak lebat.

  2. sdr andika, kat tempat saya di terengganu biasanya pokok melinjau memang di tanam. kalau nak cari yang tumbuh liar memang payah. biasa kami ambil pucuk untuk dimasukkan dlm bubur lambuk atau dimasak bening. buahnya pula diambil yang dah masak.
    biasanya buah yang muda enak dimasukkan dlm masakan apa ya sdr andika?

  3. Assalam.

    Selain dari melinjau, juga melinjo dipanggil juga daun so.Sebelum masak buang dahulu tulang daun. Masak lemak bersama tempe,atau tumis bersama tempe.

    Putiknya boleh di masak bersama daun. Buahnya yang terlalu tua dan berwarna merah, keras dan kurang manis.

    Paling terkenal bila dibuat emping.ada sedikit pahit-pahit tapi sedap.

  4. semalam saya membeli semangkuk buah sabung (melinjau) di pasar tamu sri aman, buah masak bercampur sekali buah muda. Cari daunnya sudah habis dibeli orang. Saya masak tumis ikan bilis…sedap sussah nk explain….sdri ros boleh cuba

  5. sdr fazli, sy dpt tahu pokok melinjau tidak sama dengan pokok sabung yg terdapat di sarawak. Pokok sabung ternyata lebih kecil dan rendah, paling tinggi pun 5-6 kaki aja. Rata2 batang pokok sabung paling besar pun sebesar jari kaki org dewasa sj sedangkan batang pokok melinjau ada yang sebesar pokok pinang dan setinggi pokok kuini. Walau bagaimana pun daun dan buahnya memang menyerupai daun dan buah pokok sabung. Saya pernah merasa masakan sayur pokok ini iaitu daun dan buahnya, ketara sekali rasanya juga berbeza dari sayur pokok sabung. Pokok sabung di sarawak juga tidak ditanam sebaliknya diperolehi dari sumber liar yang hidup dalam hutan atau kebun pokok getah tua di kawasan yang berbukit.

  6. Daun sabung lebih nipis,pokok tidak sebesar pokok malinjau,kulit buah licin berkilauan,temporong buah masak berwarna coklat kekuningan,rasa bauh kurang pahit(bitter sweet)
    Daun malinjau lebih tebal pokok besar dan tinngi, kulit buah nampak berdebu (Powdery appearance) temporong buah coklat kehitaman, rasa buah lebih pahit.
    Jadi malinjau adalah serupa TETAPI tidak sama dengan sabung. Mungkin sama Famili dan genus TETAPI tidak sama spesis.
    Itu satu pandangan dari Pakan, Negeri Sarawak. Perlu buat selidik lebih.

  7. menangis aku bila melihat banyak buah-buahan yang ada kenangan di kampung dulu.banyak kenangan sangat…………mak aku nak balik………………….

  8. Tak pasti samada daun yang di namakan ada hubungan dengan daun ketum. Baru-baru ini kami baca, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengarahkan kementerian dalam negeri menyegerakan pembentangan akta mengharamkan penggunaan daum ketum,ekoran penyalahgunaannya kini yang semakin serius terutama di utara semenanjung tanah air.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam