Pameran Halal Antarabangsa Malaysia atau Mihas 2012 terus menjadi platform kepelbagaian produk halal dan merupakan pameran perdagangan halal yang penting untuk rantau Asia serta antarabangsa. Pameran yang dianjurkan oleh Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (Matrade) berlangsung dari 4 hingga 7 April di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Bagi yang belum pernah pergi, eloklah berkunjung kerana macam-macam produk halal terdapat di sana. Bukan setakat di dalam Malaysia malah dari luar negara. Ia disertai lebih daripada 350 syarikat dari 29 negara. Antaranya ialah China, Indonesia, Taiwan, Belgium, Filipina, Iran dan Singapura.
Macam-macam jenis produk buah kurma dari pelbagai negara dijual di sana. Antaranya Kurma Mariami, kurma Ajwa, kurma Sofri, kurma Mabroom, Kurma Medjoul, Kurma Khudri, Kurma Lulu, kurma Piaron dan pelbagai jenis kurma dan kismis.
Dapatlah juga merasai sedikit kurma-kurma yang dipamerkan.
Sebenarnya, memang terlalu banyak produk yang dipamerkan di sini khususnya produk asas tani seperti keropok lekor, nugget, kopi campuran pelbagai jenis herba, coklat, dan sebagainya. Jadi, produk tersebut mungkin sudah biasa di lihat di pasaran dan tidaklah menarik untuk saya ditunjukkan di sini. Apapun saya kongsikan beberapa gambar lain yang menarik untuk tatapan anda.
Rumpai laut segar (gambar atas) dan yang telah dikeringkan (bawah) yang dipercayai mempunyai pelbagai khasiat. Memang di bawa khas dari Sabah. Dia ada suruh saya ujirasa, tapi saya menolaknya dengan baik. Ada yang pernah makan ke rumpai laut seperti ini?
Produk herba di bawah ni kalau tak silap dari negara China yang banyak digunakan dalam perubatan.
Produk kopi mahkota dewa dan campuran 14 jenis herba keluaran dari syarikat Malaysia.
Sempat juga melihat Chef Ismail membuat demonstrasi memasak mee goreng. Chef Ismail berkongsikan beberapa tips untuk menjadikan mee goreng yang dimasak lebih menyelerakan terutama teknik penyediaan sayur. Nak celur sayur pun ada tekniknya.
Yang penting kata Chef Ismail nak masak kena datang dari hati yang ikhlas dan kena happy masa memasak. Bukan kerana terpaksa atau ketika itu fikiran bercelaru atau jiwa kacau. Barulah makanan yang dimasak tu sedap dan lazat berkrim disukai ramai. Dapat juga merasai mee goreng yang Chef Ismail masak. Sedap ke?
Seronok tengok abang-abang chef ni menyediakan pelbagai jenis roti. Setakat tengok je la.. Bukan dia nak bagi test seketul dua..
Produk di atas ni merupakan keluaran TPM Biotech. Macam-macam jenis ekstrak buah dan sayur yang dia orang keluarkan. Ekstrak pisang dan sayur pun ada. Nak buat produk apalah agaknya tu?
” Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari perkara yang samar itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya.”
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim

sy pn pegi jgk mihas
hohoho
ikt trip poli
wee
saya nak join boleh ke….? macam mana syaratnya tuan.