March 19, 2024

buah-kuning-telur

Artikel kali mengenai sejenis lagi buah nadir yang jarang diketahui umum tetapi pokoknya masih lagi ada dijumpai di Malaysia. Di Semenanjung, buah ini lebih dikenali dengan nama buah kuning telur dan sesetengah tempat mengenalinya dengan nama buah konikoma manakala di Sabah ianya lebih dikenali dengan nama buah Canistel. Semasa lawatan di Kota kinabalu dahulu, buah ini memang banyak dijual di sana dan di ketahui juga  terdapat ladang Canistel yang ditanam secara komersil di Sabah.

Di Semenanjung, saya rasa buah ini hanya segelintir sahaja yang mengenalinya. Namun, saya sendiri pernah menjumpai pokok ini di 2 lokasi berbeza iaitu di kawasan daerah Teluk Intan dan di Semenyih. Itu pun kebetulan semasa terjumpa pokok tersebut, ia sedang berbuah. Jika hanya melihat daunnya, sudah tentu menyangkakan ia adalah pokok rambutan. Mengikut rujukan, pokok kuning telur tidak bermusim dan boleh didapati sepanjang tahun. Pokok yang dibiak melalui biji benih dikatakan berbuah dalam masa 3-5 tahun sahaja.

buah-kuning-telur2

Baru-baru ini saya ada mendapat buah ini dari pusat Arboretum Serdang, Jabatan Pertanian. Bukan apa, saja nak cuba ujirasa buah ini. Memang benar isi dalamnya seakan warna kuning telur yang telah masak. Bijinya pula seakan biji ciku tetapi jauh lebih besar. Mungkin sebab itu, ianya adalah satu keluarga dengan buah ciku dan abiu.

buah-kuning-telur3

Setelah dibelah dan dibuang kulit dan biji, saya pun membuat proses ujikaji yang seterusnya… Mengikut cerita dongeng orang Sabah, buahnya jika dimakan begitu sahaja memang tidak sedap, tetapi jika di buat jus yang dicampur susu ia lebih enak untuk dinikmati. Saya pun mengisarnya sehingga lumat.. Hasilnya anda boleh lihat di bawah tetapi sayang anda tidak boleh bau aromanya yang semerbak  Onedrop perfume.

buah-kuning-telur4

Setelah dicampur dan diadun dengan ramuan khas susu cap teko, maka terhasilah secawan jus buah kuning telur yang lemak berkrim disukai ramai. Sekali pandang memang  menarik dan tertarik. Bila dah rasa sekali, memang rasa semacam dan rasa dua macam. Rasa lemaknya memang lain macam dan diikuti pula rasa manisnya yang mengancam membuat tekak tak boleh telan.. Tetapi, bila dah dicairkan lagi dan dicampur dengan ais, rasanya bolehlah tahan.

buah-kuning-telur5

Dalam sibuk-sibuk aku nak cuba resepi terbaru, anak ku sibuk pula nak rasa. Apa lagi.. aku memang suka orang test hasil ujikaji ku ni. Nak suruh orang rumah ku rasa, memang dia kata tak selera.. Hu.. hu..

buah-kuning-telur6

Dah nak sangat cuba rasa.. Aku pun bagilah..  Dia punya sedap sampai ternganga mulut.. Nasib baik anak ku tak beberapa pandai cakap lagi.. He..he..

buah-kuning-telur7

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :99346

66 thoughts on “Buah Kuning Telur @ kanistel

  1. Oh ni sy dri jakarta cakung,di sini jga di sebut buah mentega/ sawo belanda,rasanya legit, manis seperti ubi masak . Salam..

  2. Salam saya baru rasa buah ini beberapa minit lalu. Bolehlah dimakan sebiji dua. saya setuju pendapat utbah jika buat lepat mungkin lagi sedap.

  3. sy suka blog tumbuhan ni. Terima kasih tuan punya blog. Byk info yg kita dpt. Buah yg kita tak pernah tengok pun kita dpt tengok. Harap tuan punya blog tidak jemu2 menambah isi blog ini dengan fakta2 baru. Kalau ada kelapangan boleh juga tuan punya blog bertandang ke sarawak terutama pada musim buah-buahan. Byk pasar tamu yg menjual berbagai jenis buah-buahan nadir yg tidak terdapat di tempat lain terutama pasar satok dan pasar tamu serian. Silalah berkunjung…

  4. saya pernah beli dan makan semasa di manila, filipina. ada dijual di pasaraya. namun biji benih yang dibawa pulang ke malaysia dan disemai namun tidak bercambah.

  5. assalamualaikum.. di kampung saye ade pokok ni.. depan rumah.. setiap kali orang datang pasti bertanya tentang buah ni.. tapi kami panggil buah datuk.. tak tahu kenape. baru hari ni saye tahu nama buah ni buah canister.. isi sedap dan gebu.. kalau di blend dengan ice cream vanila.. lagi lazat.. yummy..

  6. Salam. Pokok Kuning Telor memandangkan isinye yang kuning serta baunye yang hampir sama. Di rumah mak saya di Muar (Parit Jawa) ada sepokok. Buahnye boleh dikatakan sepanjang tahun. Pokoknye rendang.

  7. bapa saya ada tanam buah ni di kebun …mula2 memang hairan juga napa buah ni mcm pelik saja.tgok pokok dan daun nya mcm pokok dan daun mangga..
    buahnya memang banyak dalan 1 dahan…

  8. menarik buah ni bentuknya sangat menarik warnanya sangat cantik sayangnya tak dapat menikmati rasanya.. pasti cantik kalau ada dilaman rumah kita kan.. saya pertama kali melihat buah ni di sini.. terimakasih kerana kongsikan maklumat ini..

  9. Salam tuan rumah,
    Buah ini ada 2 batang di rumah saya [di Okinawa, Jepun]. Buah ini tidak nadir di negeri ini.
    Buah ini boleh makan begitu saja setelah ia merekah kulit. Ia sangat manis.
    Ia juga boleh dijadikan pie, kek, mufin, pankek dan jemput-jemput.

    Salalm sejahtera.

  10. Hallo saya dari indonesia. Ada sebelah tetangga tanam ini. Tak tahu apa manfaat buah ini. Ada yang tahu?
    Buah ini macam ada getah ya?
    Apa bisa dimakan langsung? Terimakasih info..

  11. Umah sy ada sebatang (temerloh, phg) .. dr kecik mmg terbiar. Buah slalu lebat je. Memula dlu teruja nk mkn. Tp sbb rasa dia mcm ada getah sikit so terbiar jela masak kat pokok n luruh ke bumi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam