April 18, 2024
Penerangan Batang tumbuhan ini berwarna hijau. Bunganya pula berwarna merah dan berbentuk seperti batu karang. Tumbuhan ini mempunyai buah berbentuk kapsul dengan garispusat berukuran 2.5 – 4 cm dan berwarna hijau, apabila matang ia akan bertukar kepada warna perang dan mengeluarkan 2-3 biji hitam. Bahagian Beracun: Keseluruhan pokok terutama biji

Kesan Keracunan

Simptom yang ditunjukkan ialah sakit perut dan kesan terbakar pada tekak setelah setengah jam termakan bijinya. Ini diikuti pula oleh rasa loya, muntah dan cirit birit yang mungkin mengandungi darah. Dalam kes keracunan yang teruk, dehidrasi dan pendarahan dalam perut mungkin berlaku termasuk gangguan ke atas sistem saraf dan jantung.

Rawatan kecemasan

Jika termakan, berikan air atau susu bagi melarutkan racun dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Jika tersentuh, basuh dengan sabun dan air yang banyak.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :16581

2 thoughts on “Jarak Bunting – Jatropha podagrica

  1. salam. pernah sy lihat kat tv tentang persediaan peserta tomoi dgn sifunya sebelum masuk gelanggang menggunakan getah dari pokok ni.Getah dari pelepah daun disapukan dibelakang tangan dan kemudian dibalutkan dgn kain dan glove.Mungkin getah ni mampu memberi rasa kebas atau tahan sakit.

  2. sexy ada 2 pkk pkk jarak bunting. biasany tmboh mlalui biji benih. x pasti blh idup dgn btgny.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam