Artikel kali ini, hanyalah update ringkas mengenai Pucuk Cabang Tiga yang penulis temui semasa membuat lawatan ke Bukit Gantang, Perak beberapa hari yang lalu. Pokok Cabang tiga ini sebenarnya adalah panggilan nama tempatan di beberapa tempat di daerah Perak termasuk di kawasan Teluk Intan. Pokok ini digelar dengan Cabang Tiga disebabkan setiap tangkai/pucuk mengeluarkan 3 helai daun.
Di Malaysia, pokok ini lebih popular dengan nama Tenggek Burung atau nama saintifiknya Melicope pteleifolia
Pokok ini boleh membesar seperti pokok rambutan dan mengeluarkan bunga bewarna putih serta buah yang banyak (seperti gambar di atas dan bawah).
Jika anda mempunyai cerita mengenai pokok ini, bolehlah kongsikannya di sini.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :30323
asSalaam .. pucuk tengek burung memang sedap dibuat ulam .. regu serasi ialah sambal tumis (selera saya) .. jika pokok nya sudah besar dan susah nak ambil pucuk, dahan nya bolih lah d cantas (d rendahkan), supaya pucuk muda bolih tumbuh lebih rendah .. khasiat?? .. tidak pasti .. d tempat saya ia tumbuh meliar d kawasan getah tua dan kawasan d pinggir kebun getah yg semak .. jadi bila jumpa pokoknya, kenalah tandakan atau d ingat kan lokasinya supaya senang d tuju untuk ambil pucuk …
Pokok ini saya tanam dalam pasu bunga..pucuk ini amat mujarat bagi penyakit darah tinggi..
dulu di kpg sy era 80an begitu senang nk dpt daun pokok ni sbb org tak nak atau tak reti nak makan. Skrg alih2 jemu mkn ayam pagi petang siang mlm rupa2nya tenggek burung cicah belacan mendapat tmpt yg tersendiri atas meja mkn. Sekali jeling aje dh pun lesap…ha ha ha