Pokok Salang atau nama saintifiknya Claoxylon longifolium boleh dikatakan popular di negeri sebelah utara khususnya di Perak. Sayur ini kebiasaanya di buat masak lemak dengan santan kelapa atau dibuat sayur manis. Ada juga menjadikannya sebagai ulam setelah mencelur terlebih dahulu.
Mengikut rujukan, pokok salang mampu mencapai ketinggian 3-5 meter dan daunnya boleh mencapai 15cm lebar dan 40cm panjang. Buahnya berbentuk kapsul, berpangsa tiga, berwarna hijau semasa muda dan bertukar perang apabila masak. Buah ini terbuka sendiri apabila masak.
Pembiakan pokok salang dikatakan mudah dilakukan dengan semaian biji benih atau keratan batang. Penulis sempat membawa pulang biji benih untuk cuba dibiakkan. Buat masa ini masa ini masih belum menampakkan percambahan.
Jika anda mempunyai sebarang cerita mengenai sayuran tradisional ini, bolehlah kongsikannya di sini.
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan
Number of View :74643
Saya dah lama cari daun ni. Ada sape2 boleh bantu saya nak dapatkan benih pokok ni. Saya nak tanam.
assalamualaikum- sebelah kedah pokok ni dikenali sebagai pokok salam.Pucuk muda dibuat sayur lemak campur udang dan daun yang tua digunakan sebagai pembalut daging atau ikan untuk dipanggang.Kurang digemari kerana kesan sampingan menyebabkan sakit2 badan/urat
ini daun yang orang Thai guna dalam miang kum? sangat sedap!
Kat Perak memang pucuk salang ni agak terkenal. Sangat sedap masak lemak putih campur ubi keledek. Nak gulainya nampak cantik gunalah ubi keledek yang kaler oren tu…Setahu saya pucuk manis ialah pucuk asin-asin. Daunnya lebih kecil dan tak perlu dipotong semasa memasaknya. Cara memasak dua sayur ini adalah sama..boleh juga dimasak tumis seperti sayur sawi..
assalamualaikum di mana saya boleh cari pokok salang ni? Ada orang jual x? Tkasih
Sebulan yang lalu di ipoh ada menjual pokok salang ini kebetulan terjumpa saya beli sepokok dan saya tanam dalam pasi besar.
Cita-cita nanti balik kg nak semai banyak2 buat pokok pagar keliling rumah.. sesuai takkk???
Memang banyak kat Perak pokok salang ni, kalau di kampung saya Bidor tumbuh melata bawah pokok manggis. Baru ni ada bawak balik anak pokok, ingat nak buat benih tanam banyak-banyak. Cuma tak berani makan selalu sebab kata orang sayuran hijau boleh menurunkan tekanan darah, takut rendah low blood.
Suami dpt anak pokok salang tanam kat bukit dinding..alhamdulillah..cukup air..dah naik pucuknya
Memang betul lah komen komen sdra&sdri tentang pokok salang ni.Semalam dlm.perjalanan ke Tanjung Tualang,saya singgah diKg.Changkat Iboi.Bkt.Gantang.Taiping,terjumpalah pokok salang ni,hari ni terus masak pucuk+ubi keledek +santan,wow ! Rasa sup nya dgn.nasi + ikan masin amat menyelerakan .
Sy try semai biji..tp x tumbuh2..skg sy try utk kali ke2..tp kali ni sy kopek kulit bijinye dulu..smlm 20ogos 2021 sy semai..x sbr nk tgk jd ke x..